ALOR GAJAH: Majlis Rumah Terbuka peringkat negeri yang diadakan di kawasan luar bandar mampu memberi impak luar biasa malah menjadi platform kerajaan Melaka mewujudkan lebih banyak produk pelancongan sebagai persediaan penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024.
Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata selama tempoh setahun ini juga, ia secara tidak langsung memberi peluang semua agensi terlibat terutama Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) memperkemas kawasan pelancongan sedia ada.
"Sebagai contoh, buat julung kalinya sambutan (Rumah Terbuka) Tahun Baharu Cina peringkat negeri diadakan di luar bandar dengan memilih Machap Umboo sebagai tuan rumah dan melihat persiapan yang dilaksanakan, amat luar biasa.
"Dengan idea kontemporari daripada orang muda, kampung ini menjadi satu lagi tapak 'OTD' (of The Day) atau digelar OOTD (Outfit Of The Day) yang kini sangat terkenal dalam kalangan generasi muda untuk bergambar, secara tidak langsung menjadikannya satu daripada tarikan pelancongan di Melaka," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina peringkat negeri di Kampung Permai Machap Umboo di sini malam tadi.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Zaidi Johari, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah Adly Zahari serta Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Machap Jaya Ngwe Hee Sem.
Di samping itu katanya limpahan pelancong luar ke Machap Umboo sejak seminggu lepas sememangnya memberi impak yang amat memberangsangkan dengan bukan sahaja meningkatkan bilangan pelancong ke Melaka malah meningkatkan ekonomi penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri Machap.
Sulaiman berkata kehadiran pemimpin tanpa mengira parti pada rumah terbuka perayaan juga mengeratkan perpaduan antara satu sama lain.
Pada sambutan malam tadi, lebih 5,000 pengunjung memeriahkan majlis tersebut yang bermula sekitar 7 malam meskipun hujan renyai.
Pengunjung dihiburkan dengan pelbagai persembahan moden dan tradisi termasuk tarian naga dan singa selain dihidangkan pelbagai makanan tradisional seperti nasi lemak, kuih nyonya, roti canai dan lempeng.
Kemuncak sambutan adalah pertunjukan bunga api yang berlangsung hampir 30 minit.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 24 2023
Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali ketika hadir ke Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina peringkat negeri di Kampung Permai Machap Umboo, Alor Gajah. - Foto Facebook/Sulaiman Md Ali
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
Pendapatan Selangor tidak hanya bergantung kepada hasil tanah - Amirudin
Amirudin berkata pentadbirannya tidak hanya bergantung kepada hasil tanah dan sumbangan kerajaan Persekutuan dalam menambah hasil negeri.
New Zealand isytihar wabak batuk kokol peringkat awal
Pegawai kesihatan New Zealand giat mengkaji trend terkini kebangsaan dan antarabangsa mengenai batuk kokol atau pertusis, di seluruh negara.
Keputusan ceburi bidang sukan bawa tuah buat 'Pocket Rocketman'
Biarpun keputusan yang diambil ketika beliau berusia 15 tahun itu amat berat, Azizulhasni nekad demi mengejar impiannya.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat kebangsaan di Kota Kinabalu Sabtu ini
Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat kebangsaan akan diadakan pada Sabtu ini di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.
Penganjur rumah terbuka diminta cermat urus sisa buangan - LUAS
Antaranya, penganjur boleh memastikan sisa makanan dan sampah pepejal dikumpul dan dibuang ke tempat pelupusan sampah untuk dilupuskan.
Tradisi rumah terbuka wadah menyatukan rakyat - Chow
Penganjuran rumah terbuka disifatkan sebagai wadah dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum seterusnya berupaya mengukuhkan perpaduan ke arah mewujudkan masyarakat yang harmoni.
Merapatkan yang jauh: Rumah terbuka di kedutaan Malaysia bawa keceriaan
Sambutan hari raya di kedutaan mengubat kerinduan rakyat Malaysia di luar negara.
Anwar hadiri rumah terbuka Yang Dipertua Dewan Rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Agong hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri MB Johor
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi di kediaman rasmi di Saujana di sini hari ini.
Rumah terbuka Aidilfitri meriah, erat hubungan kaum
Kemeriahan sambutan Aidilfitri hari ini bukan hanya dirasai umat Islam di negara ini malah turut diraikan masyarakat berbilang kaum menerusi penganjuran rumah terbuka.
Lebih 15,000 dijangka hadir Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Jonker Walk
Lebih 15,000 pengunjung dari dalam dan luar Melaka dijangka memeriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Melaka yang dijadual berlangsung di Jonker Walk di sini pada 22 Feb ini.
Rumah terbakar, suami isteri batal tempahan pelanggan
Mangsa kebakaran, Raja Norhanani Norabidin Shah berkata, akibat kejadian itu, mereka terpaksa membatalkan menu yang ditempah pelanggan untuk jamuan rumah terbuka.