Majlis Pemulihan Negara adakan mesyuarat pertama hari ini

Umavathi Ramayah
Ogos 5, 2021 19:58 MYT
Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang digerakkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan mesyuarat pertama, hari ini. - Foto Twitter/@chedetofficial
KUALA LUMPUR: Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang digerakkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan mesyuarat pertama, hari ini.
Antara 20 individu yang hadir dalam mesyuarat yang berlangsung secara maya adalah veteran politik, Tan Sri Rafidah Aziz; pakar ekonomi, Prof Dr Jomo K. Sundram; Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said; Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Fadzil.
Dr Mahathir memaklumkan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut dijemput menghadiri mesyuarat itu bagi memberi penerangan berhubung perkembangan semasa COVID-19 di Malaysia.

PERSIDANGAN PERTAMA MAJLIS PEMULIHAN NEGARA 1. Hari ini saya telah bertemu secara maya dengan 18 tokoh dan pakar-pakar dalam bidang kesihatan, ekonomi, perundangan dan politik yang telah saya cadangkan sebelum ini untuk menjadi ahli Majlis Pemulihan Negara (MPN). pic.twitter.com/1twYUFxVBq

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) August 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurutnya, antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat hampir tiga jam itu adalah termasuk mengenai suntikan vaksin COVID-19 dan juga isu-isu berkaitan prosedur operasi standard (SOP).
"Walaupun majlis ini belum lagi diiktiraf, namun sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya merasakan perlu terlibat sama dalam mencari penyelesaian kepada COVID-19.

7. Seperti mana rakyat Malaysia lain berusaha membantu mereka yang susah yang telah menaikkan bendera putih, kami merasa perlu berusaha mencari dan memberi penyelesaian kepada beberapa masalah yang dihadapi oleh rakyat dan Negara.

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) August 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Bagi saya dan rakan-rakan, kita sudah tidak boleh menunggu tanpa berbuat apa-apa sementara kes-kes tersebut meningkat dengan begitu mendadak.
"Saya percaya mereka yang hadir bersetuju menyertainya kerana mereka juga merasa perlu melakukan sesuatu untuk membantu negara ketika menghadapi bencana ini," katanya dalam sidang akhbar yang diadakan secara maya di sini, pada Khamis.

9. Saya dan rakan-rakan tidak boleh duduk diam dan membiarkan keadaan ini berterusan. Dengan pengalaman serta kepakaran yang dimiliki, kami akan memberi pandangan dan diharap akan diguna pakai oleh Kerajaan.

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) August 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu di Twitternya, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu berpendapat adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab sekiranya kumpulan itu mempunyai cadangan dan pandangan yang dapat membantu tetapi memilih untuk mendiamkan diri.
"Bagi kami di dalam MPN, ini adalah usaha dan khidmat kami kepada negara.
"Jika usaha kami dapat membantu rakyat dan negara, ini bermakna kami telah melaksanakan tanggungjawab kami sebagai rakyat Malaysia," jelasnya.
#Dr Noor Hisham Abdullah #Azalina Othman #COVID-19 #Dewan Rakyat #Mahathir Mohamad #suntikan #SOP #rakyat Malaysia #Rafidah Aziz #Majlis Pemulihan Negara
;