Majlis kahwin di kawasan PKPD Bersyarat dibenarkan, perlu kehadiran anggota RELA

Madiha Abdullah
Oktober 9, 2020 17:56 MYT
Terdapat tambahan dalam SOP berkenaan di mana majlis perlu dilangsungkan dengan pengawasan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
KUALA LUMPIR: Majlis perkahwinan yang sudah dirancang di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Bersyarat dibenarkan untuk dilangsungkan, namun, perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan.
Namun terdapat tambahan dalam SOP berkenaan di mana majlis perlu dilangsungkan dengan pengawasan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Hal itu diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media perkembangan COVID-19, hari ini.
"Bagi penganjuran majlis yang kurang daripada 100 jemputan (dua anggota RELA), 100 hingga 300 jemputan (tiga anggota RELA) 300 hingga 500 jemputan (empat anggota RELA) dan bagi yang melebihi 500 jemputan akan ditetapkan oleh RELA mengikut jumlah kehadiran dan ruang kawasan majlis.
"Bagi jemputan dari luar kawasan PKPDB mereka perlu menunjukkan kad jemputan majlis perkahwinan ketika melalui Sekatan Jalan Raya yang diadakan," ujarnya.
Majlis yang dianjurkan di lokasi seperti hotel pula perlu dijalankan dengan pengawasan pihak pengurusan hotel.
#COVID-19 #perintah kawalan pergerakan diperketat #PKPD #perintah kawalan pergerakan #perkahwinan #ismail sabri yaakob #SOP #koronavirus
;