Majlis Islam Sarawak tangguh ibadat korban tahun ini

Munirah Mudzamli
Jun 16, 2021 12:37 MYT
Katanya, penangguhan itu berdasarkan keputusan Lembaga Fatwa Sarawak yang bersidang semalam.
KUCHING: Majlis Islam Sarawak hari ini memutuskan penangguhan pelaksanaan ibadat korban bagi tahun 1442H/2021M.
Menurut Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan DBKU, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, penangguhan itu bagi mengelak kemudaratan kesan daripada pandemik COVID-19 yang masih kritikal di Sarawak.
Katanya, penangguhan itu berdasarkan keputusan Lembaga Fatwa Sarawak yang bersidang semalam.
"Majlis Islam Sarawak amat menghargai peningkatan kesedaran dalam kalangan masyarakat Islam di negeri ini tentang tuntutan melaksanakan ibadah korban," katanya.
Tambah Dr Abdul Rahman, MIS tidak menghalang mana-mana umat Islam yang mahu melakukan ibadat korban di luar negara terutama melibatkan negara-negara Islam.
#Ibadat korban #Sarawak #Majlis Islam Sarawak #Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi #Pandemik COVID-19 #Lembaga Fatwa Sarawak
;