Majlis Belia saran presiden dilantik jadi senator

Hafiz Marzukhi
Jun 7, 2018 14:56 MYT
JUFITRI: Penting untuk belia mempunyai 'suara rasmi' di Parlimen. - Facebook/Abim Pusat
Majlis Belia Malaysia (MBM) usulkan kepada Majlis Penasihat Kerajaan supaya Presiden MBM dilantik sebagai Senator dalam Dewan Negara.
Naib Presiden MBM, Jufitri Joha, berkata penting untuk belia mempunyai 'suara rasmi' di Parlimen.
"Bagi memastikan lebih ramai anak muda diberi suara di Dewan Negara, kami ingin mencadangkan supaya Presiden MBM dilantik sebagai Senator," katanya.
Tambah beliau, MBM juga berharap isu berkaitan belia akan diberi perhatian sewajarnya untuk memastikan belia negara terus maju.
Beliau berkata demikian selepas bermesyuarat dengan Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham pada Khamis.
Menurut Jufitri, pemilihan MBM dijangka akan diadakan pada bulan Oktober tahun ini.
Presiden MBM kini adalah Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaluddin.
#Jufitri Joha #majlis belia malaysia #Menteri Belia dan Sukan #Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaluddin
;