Majlis angkat sumpah 15 lagi anggota Kabinet baharu pada 2 Julai
Astro Awani
Jun 25, 2018 00:25 MYT
Jun 25, 2018 00:25 MYT
Istiadat mengangkat sumpah baki 15 jemaah menteri Kabinet dan timbalan menteri akan diadakan pada 2 Julai nanti, kata pihak Istana Negara.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menjelaskan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhamad V telah menerima senarai menteri dan timbalan menteri daripada pejabat perdana menteri pada 20 Jun lalu.
"Senarai nama Menteri Kabinet tersebut telah diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Agong dan telah dikembalikan semula kepada Pejabat Perdana Menteri pada 22 Jun 2018 iaitu pada hari Jumaat," katanya dalam satu kenyataan media lewat malam tadi.
Wah Ahmad Dahlan juga menggesa media agar tidak melaporkan perkara-perkara yang bersifat negatif dan tidak tepat terhadap Yang Di-Pertuan Agong.
Setakat ini, 14 menteri sudah dilantik dalam barisan awal Kabinet yang mengangkat sumpah pada 22 Mei lepas.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Kabinetnya akan dianggotai 29 menteri.
#angkat sumpah
#Dr Mahathir Mohamad
#Malaysia
#menteri
#Pakatan Harapan
#Timbalan Menteri
#Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhamad V