Majistret tiada di mahkamah, permohonan reman Pengarah PDRM ditangguh

Firdaus Azil
Oktober 26, 2018 10:29 MYT
Kalangan pengamal media yang menanti seawal pagi dimaklumkan proses permohonan ke atas suspek yang bergelar Datuk itu ditunda ke pukul 3 petang ini. -Astro AWANI/Firdaus Azil
Ketiadaan Majistret di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini menyebabkan permohonan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas seorang Pengarah Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditangguh.
Media yang menanti seawal pagi dimaklumkan proses permohonan ke atas suspek yang bergelar ‘Datuk’ itu ditunda ke pukul 3 petang ini.
Terdahulu, suspek yang berpakaian baju lokap SPRM, tiba di Mahkamah Majistret sekitar 9.15 pagi tadi, diiringi beberapa pegawai agensi penguatkuasa itu.

Permohonan reman ditangguh pada pukul 3 petang ekoran ketiadaan Majistret pagi ini. @501Awani pic.twitter.com/WbpktgxXzZ

— FA (@FirdausAzil) October 26, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pegawai kanan berusia 56 tahun berpangkat Senior Asisten Komisioner itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini jam 7.10 malam semalam.
Individu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah berjumlah lebih RM100,000, berhubung operasi trafik di Pulau Pinang pada September lepas.
Turut disita sewaktu tangkapan dibuat, sebuah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy S8 Plus.
#Ibu Pejabat SPRM #Mahkamah Majistret #PDRM #pegawai kanan #permohonan reman #Senior Asisten Komisioner #SPRM #suspek bergelar Datuk
;