Majikan tidak boleh sesuka hati arahkan pekerja kuarantin 14 hari - Ismail Sabri
Ridauddin Daud
Jun 4, 2020 14:43 MYT
Jun 4, 2020 14:43 MYT
Majikan tidak boleh sesuka hati mengarahkan pekerja menjalani kuarantin selama 14 hari yang dianggap sebagai cuti tanpa gaji selepas pekerja melakukan perjalanan rentas negeri.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan peraturan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), hanya rakyat yang pulang dari luar negara wajib dikuarantin.
“Beberapa negeri seperti Sabah dan Sarawak juga mewajibkan rakyat yang pulang dari Semenanjung dikuarantin. Mereka yang rentas negeri tidak wajib kuarantin 14 hari.
"Majikan tersebut mengarahkan 14 hari tersebut tanpa mengikut peraturan disediakan MKN... mereka pandai-pandai buat sendiri. Masalahnya, mereka paksa pekerja kuarantin 14 hari dan itu dikira sebagai cuti tanpa gaji.
“Ini adalah salah kerana tidak mengikut garis panduan dikeluarkan MKN. Tindakan majikan itu adalah salah,” tegasnya dalam sidang media harian di sini pada Khamis.
Ketika ditanya tindakan yang bakal dikenakan kepada majikan, Ismail Sabri menegaskan Kementerian Sumber Manusia boleh mengambil tindakan lanjut.
#Ismail Sabri
#ismail sabri yaakob
#keselamatan
#kuarantin
#Majlis Keselamatan Negara
#Media
#menteri
#Menteri Kanan Keselamatan
#MKN
#polis
#rakyat
#Sabah
#Sarawak