Majikan patah tulang hidung, retak tulang rahang dibelasah pekerja sendiri

Adie Sufian Zulkefli
Mei 20, 2020 12:11 MYT
Suspek dikatakan mempunyai motif untuk menyamun mangsa sewaktu dia datang meminta kerja sebagai pembantu kedai di kedai menjual pakaian itu.
Seorang pengusaha kedai menjual pakaian patah tulang hidung dan retak tulang rahang selepas dibelasah oleh pekerjanya sendiri.
Dalam kejadian pukul 7 malam Selasa itu, mangsa mengalami kecederaan tersebut akibat ditumbuk pekerjanya yang baru masuk kerja di premis perniagaanya di Langkawi Mall, Kuah, di sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, suspek mempunyai motif untuk menyamun mangsa sewaktu dia datang meminta kerja sebagai pembantu kedai di kedai menjual pakaian itu.
Katanya, mangsa telah menerima suspek bekerja namun tidak sempat mengambil sebarang butiran peribadinya.
Jelas Mohd Iqbal, suspek cuba menyamun mangsa ketika mangsa ingin menutup premisnya.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek kelihatan bertindak menumbuk muka dan menolak jatuh mangsa berusia 55 tahun itu.
Dalam kejadian itu mangsa mengalami kerugian RM5,000 hasil wang jualan perniagaannya yang dilarikan suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
#Kedah #Kuah #Langkawi #Langkawi Mall #majikan dibelasah #menyamun #patah tulang hidung #pekerja sendiri #retak tulang rahang
;