Majikan boleh menyemak latar belakang individu sama ada mereka terlibat dalam jenayah kanak-kanak, menerusi sistem pendaftaran kanak-kanak yang dikeluarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Timbalan Menteri KPWKM, Datuk Azizah Mohd Dun berkata semakan melalui sistem tersebut bagi memastikan individu yang diambil bekerja di institusi yang melibatkan kanak-kanak seperti tadika, taska dan taman asuhan bebas daripada terlibat dengan kes jenayah.
"Di bawah pindaan Akta Kanak-Kanak 2016, kami memperkenalkan daftar kanak-kanak iaitu nama pemangsa dan individu yang disabit dengan kesalahan jenayah kanak-kanak yang diperoleh menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimasukkan ke dalam daftar ini.
"Jadi majikan yang ingin melantik seseorang dalam institusi mereka yang ada melibatkan sekolah, tadika, taska, mereka boleh menghantar nama-nama tersebut kepada kami untuk disemak sama ada nama-nama tersebut termasuk sebagai pemangsa atau tidak," katanya dalam sesi soal jawab lisan pada Persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) yang ingin tahu langkah kerajaan untuk mengenal pasti mangsa dan pemangsa kes jenayah kanak-kanak di negara ini.
Azizah berkata semakan melalui daftar kanak-kanak tersebut adalah satu mekanisme yang dirangka kerajaan untuk memastikan kes jenayah kanak-kanak di negara ini tidak berlaku.
"Sejak akta tersebut dilaksanakan, kita sudah mendapat pelbagai rujukan daripada majikan seluruh negara khususnya institusi yang melibatkan kanak-kanak untuk menyemak sama ada individu yang dilantik mereka adalah pemangsa atau penjenayah.
"Sekiranya nama tersebut tidak tersenarai dalam daftar kanak-kanak tersebut, kami akan membuat rujukan kepada PDRM pula bagi memastikan individu tersebut benar-benar bebas daripada jenayah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 28 2018
Azizah berkata semakan melalui daftar kanak-kanak tersebut adalah satu mekanisme yang dirangka kerajaan untuk memastikan kes jenayah kanak-kanak di negara ini tidak berlaku. - Gambar fail
124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan berjaya peroleh akreditasi MSQH
Sebanyak 124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan di seluruh negara berjaya diakreditasi dan memenuhi piawaian penilaian ditetapkan oleh MSQH hingga 31 Okt tahun ini.
Keanggotaan BRICS tawar landskap perdagangan global lebih saksama kepada Malaysia - Duta Rusia
BRICS komited tangani orde perdagangan antarabangsa, yang kini dikuasai oleh negara tertentu yang mengekalkan peraturan mereka sendiri.
Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet - SPRM
Fokus siasatan juga melihat kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah dan PNB.
AWANI Ringkas: Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 8 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 8 November 2024
1️⃣ Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
2️⃣ Kemuncak MTL hujung Nov, taburan hujan tinggi
3️⃣ Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
#awaniringkas
1️⃣ Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
2️⃣ Kemuncak MTL hujung Nov, taburan hujan tinggi
3️⃣ Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
#awaniringkas
Wanita perlu terus bersuara untuk tingkat representasi dalam Parlimen
Dr Ramli menggesa kaum wanita untuk terus bersuara dan memperjuangkan peningkatan representasi wanita di peringkat Parlimen menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Polis bunuh pelajar: Jantung mangsa terhenti sebelum diberi CPR - Saksi
Penolong Pegawai Perubatan HRPB Ipoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa jantung Muhammad Zaharif Affendi telah terhenti sebelum bantuan CPR diberikan kepada mangsa berkenaan.
Dialog Poket Rakyat: Perbelanjaan Kehidupan Wajar vs Kehidupan Sebenar
Sejauh mana petunjuk sosioekonomi perbelanjaan asas kehidupan wajar (PAKW) menggambarkan keperluan dan kehendak berbelanja sesebuah isi rumah? Bagaimanakah PAKW membantu pengguna menyusun kewangan untuk kehidupan selesa? Ikuti diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Pentas akhir, siapakah bakal dinobat juara malam ini?
Selepas tujuh minggu bersaing, siapa bakal muncul juara di pentas akhir The Chosen One 2024? Amzar Alif ada perinciannya.
Pacu Malaysia ke masa hadapan teknologi 4IR
Penganjuran Road2Growth 2024 Wilayah Tengah (R2G 2024 Central) menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Malaysia untuk menjadi peneraju global dalam Revolusi Perindustrian Keempat (4IR).
Hanya sandiwara Anwar, ganggu PRN Sabah - Azizah
Datuk Seri Azizah Mohd Dun juga menyifatkan kenyataan Anwar itu bertujuan mahu mengganggu proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.