MAIS dan JAIS perlu patuh pada keputusan Peguam Negara

Astro Awani
Jun 20, 2014 14:18 MYT
Majlis Peguam menyokong keputusan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Persatuan Bible Malaysia - Gambar fail
Majlis Peguam menyokong keputusan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Persatuan Bible Malaysia (PBM) susulan kes rampasan 300 kitab Bible daripada persatuan itu Januari lepas.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Majlis Peguam menyatakan kebimbangan terhadap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islan Selangor (JAIS) yang enggan mematuhi keputusan Peguam Negara itu.
Presidennya, Christopher Leong berkata, JAIS sepatutnya mengambil tindakan yang sesuai mengikut undang-undang.
“Peguam Negara telah menyatakan bahawa selepas penyiasatan, beliau telah menentukan bahawa Alkitab dan BUP Kudus bukanlah penerbitan yang melanggar seksyen 9 (1) (A) Enakmen Selangor serta telah mengambil kira penjelasan oleh Kementerian Dalam Negeri bahawa Alkitab dan BUP Kudus tidak melibatkan isu-isu keselamatan negara.
“Dalam keadaan sedemikian, MAIS dan JAIS perlu mematuhi penentuan dan keputusan Peguam Negara,” kata Christopher dalam kenyataan tersebut.
Untuk kenyataan penuh Persiden Majlis Peguam Negara, klik di sini.
#Bible #JAIS #MAIS #Majlis Peguam #Peguam Negara