KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mempunyai hak di sisi undang-undang untuk mencelah dalam prosiding petisyen perceraian antara seorang ibu tunggal Loh Siew Hong dan bekas suaminya, Muhammad Nagashwaran Muniandy, yang memeluk agama Islam bersama tiga anak mereka.
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata MAIPs mempunyai kewajipan statutori berhubung kesejahteraan, pendidikan dan bimbingan terhadap saudara baharu yang memeluk agama Islam di Perlis selain menawarkan bantuan kewangan daripada dana zakat serta sokongan lain yang dibenarkan oleh syarak melalui ibu mereka.
"Dalam kes ini, ketiga-tiga anak mereka iaitu sepasang kembar perempuan berumur 14 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 telah memeluk agama Islam di Perlis, jadi MAIPs mempunyai lokus standi untuk menjadi pencelah.
"Ketika ini, bapa mereka menjalani hukuman penjara di Kelantan atas kesalahan jenayah. Anak mereka kini di bawah jagaan si ibu yang beragama Buddha. Jika kanak-kanak terbabit beragama Islam maka MAIPs mempunyai hak untuk mencelah.
"Sama ada penukaran agama ketiga-tiga beradik sah atau tidak bukan isu di hadapan mahkamah yang mulia ini. Isu di sini adalah kebajikan mereka dan bukan agama. Kami ke sini bukan untuk campur tangan dalam isu berkaitan hak penjagaan si ibu.
"Bagaimanapun, selepas penukaran agama, MAIPs berperanan sebagai penyelia bagi memastikan mualaf mempunyai akses kepada pendidikan dan bimbingan mengenai agama Islam," katanya.
Peguam A.Srimurugan, yang mewakili Loh, pula berhujah MAIPs tidak harus dibenarkan mencelah dalam kes ini kerana Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (AMU) menentukan isu perkahwinan dan perceraian individu bukan Islam sekali gus menghalang penglibatan sebuah Majlis Agama Islam Negeri.
"Kes yang dirujuk oleh rakan saya (pasukan perundangan MAIPs) adalah mengenai pihak yang dikaitkan dengan perkahwinan itu dan bukan orang luar atau penyibuk.
"Mereka (MAIPs) tidak boleh datang ke mahkamah ini dan cuba mengubah perintah hak penjagaan untuk memberitahu Loh cara membesarkan anak-anaknya. Ia (AMU) tidak melibatkan entiti korporat atau agama. Perkataan 'individu berkepentingan' (dalam AMU) harus ditafsir dengan teliti demi kepentingan anak-anak yang terbabit.
"Malah anak-anak Loh tidak dilahirkan di Perlis. Mereka hanya dibawa ke sana dalam sehari dua, mungkin hanya beberapa jam, untuk ditukarkan agama secara sebelah pihak oleh bapa mereka. Beliau tetap melakukannya meskipun hak penjagaan mereka telah diberikan kepada isterinya oleh mahkamah," katanya.
Pada peringkat ini, Mohamed Haniff Khatri bangun dan membantah hujah Srimurugan yang melabel MAIPs sebagai 'penyibuk' serta menegaskan bahawa mereka sekadar melaksanakan tanggungjawab dari segi perundangan bagi memastikan kebajikan ketiga-tiga anak Loh terpelihara.
Beliau berkata enakmen negeri Perlis memberikan kuasa kepada MAIPs untuk menyediakan pendidikan agama kepada mana-mana mualaf yang berdaftar di negeri itu meskipun mereka kini menetap di negeri lain. Loh dan anak-anaknya kini menetap di Selangor.
"MAIPs mempunyai kewajipan statutori dan mereka tidak ingin menjadi penyibuk. Kita tidak seharusnya hanya memfokus kepada hak si bapa atau si ibu sebaliknya lebih kepada hak anak-anak mereka.
"MAIPs mengambil berat tentang kebajikan kanak-kanak terbabit kerana laporan berita sebelum ini menunjukkan bahawa mereka masih mengamalkan ajaran Islam meskipun berada di bawah jagaan Loh (bukan Islam)," katanya.
Hakim Evrol Mariette Peters kemudian menetapkan 15 Jun depan untuk memutuskan sama ada memberi kebenaran kepada MAIPs untuk menjadi pencelah dalam petisyen perceraian itu atau sebaliknya.
Pada 7 Mac lepas, MAIPs memfailkan permohonan sebagai pencelah bagi membolehkan ia mempunyai lokus standi untuk memohon perubahan ke atas syarat perintah hak penjagaan tunggal yang diberikan kepada Loh.
Pada 21 Feb lepas, ketiga-tiga beradik yang berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diserahkan kepada Loh setelah Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan habeas corpus wanita itu.
Dalam notis usulnya pada 13 Feb lepas, Loh telah menamakan Nazirah Nanthakumari Abdullah sebagai responden pertama dan satu lagi pihak yang tidak dinamakan namun didakwa mempunyai hak penjagaan ke atas ketiga-tiga anaknya sebagai responden kedua.
Loh memohon writ habeas corpus atau perintah lain yang sesuai daripada mahkamah untuk memaksa ketiga-tiga beradik dibebaskan serta-merta daripada hak penjagaan persendirian responden dan supaya mereka dikembalikan kepadanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 29 2022
![MAIPs ada hak di sisi undang-undang untuk mencelah petisyen perceraian Loh - Peguam MAIPs ada hak di sisi undang-undang untuk mencelah petisyen perceraian Loh - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645516082_TBROSMAHCOURT.jpg)
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa MAIPs mempunyai hak di sisi undang-undang untuk mencelah dalam prosiding petisyen perceraian antara Loh Siew Hong dan bekas suaminya, Muhammad Nagashwaran Muniandy, yang memeluk agama Islam bersama tiga anak mereka.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739744657_JohariTunOpeng.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739074106_tbPusatIslamNiger.jpg)
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Ibadan, Nigeria yang dibina hasil pemberian sumbangan MAIPs pada Julai 2024, kini telah mula beroperasi.
![Status agama: Permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis didengar 20 Februari Status agama: Permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis didengar 20 Februari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Status agama: Permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis didengar 20 Februari
Peguam Loh iaitu A.Srimurugan mengesahkan tarikh itu kepada Bernama selepas pengurusan kes hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Norazimin Kassim,
![Duta Besar Sweden ke Malaysia kagum keprihatinan Pemangku Raja Perlis terhadap masyarakat memerlukan Duta Besar Sweden ke Malaysia kagum keprihatinan Pemangku Raja Perlis terhadap masyarakat memerlukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720019199_DutaBesarSweeden.jpg)
Duta Besar Sweden ke Malaysia kagum keprihatinan Pemangku Raja Perlis terhadap masyarakat memerlukan
Duta Besar Sweden ke Malaysia Dr Joachim Bergstrom kagum akan keprihatinan Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang mendalam terhadap nasib masyarakat yang memerlukan.
![MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715678697_TBCourtHammer.jpg)
MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu
MAIPs dan tiga yang lain gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal.
![Bantu lapor kepada MAIPs jika ada isu keciciran asnaf - Raja Muda Perlis Bantu lapor kepada MAIPs jika ada isu keciciran asnaf - Raja Muda Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710487690_TBTUANKUSYEDFAIZ.jpg)
Bantu lapor kepada MAIPs jika ada isu keciciran asnaf - Raja Muda Perlis
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ia bagi memastikan usaha mengenal pasti keperluan bantuan dapat dilaksanakan MAIPs.
![MAIPs peruntuk RM7 juta laksana program latihan kemahiran asnaf MAIPs peruntuk RM7 juta laksana program latihan kemahiran asnaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712836372_tbMAIPs.jpg)
MAIPs peruntuk RM7 juta laksana program latihan kemahiran asnaf
MAIPs memperuntukkan RM7 juta kepada Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) untuk pelaksanaan program aktiviti berbentuk latihan kemahiran asnaf dan pengurusan bagi tahun ini.
![MAIPs peruntuk RM3.06 juta Bantuan Mikro Baik Pulih Kediaman MAIPs peruntuk RM3.06 juta Bantuan Mikro Baik Pulih Kediaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711462954_MAIPS.jpg)
MAIPs peruntuk RM3.06 juta Bantuan Mikro Baik Pulih Kediaman
MAIPs memperuntukkan RM3.06 juta bagi Bantuan Mikro Baik Pulih Kediaman yang diagihkan menerusi kariah masjid seluruh negeri itu sepanjang tahun ini.
![Kadar zakat fitrah di Perlis ditetapkan RM7 dan RM10 Kadar zakat fitrah di Perlis ditetapkan RM7 dan RM10](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710115597_zakatfitrah.jpg)
Kadar zakat fitrah di Perlis ditetapkan RM7 dan RM10
Bagi umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras, kadar pengeluaran ialah satu gantang Nabawi seorang atau bersamaan 2.6 kilogram.
![Ketua jabatan perlu sentiasa turun padang dengar keluh-kesah rakyat - Lukanisman Ketua jabatan perlu sentiasa turun padang dengar keluh-kesah rakyat - Lukanisman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692345974_LukanismanAwang.jpg)
Ketua jabatan perlu sentiasa turun padang dengar keluh-kesah rakyat - Lukanisman
Program turun padang oleh ketua-ketua jabatan bagi mendengar keluh-kesah rakyat perlu terus dilaksanakan dan ditambah baik dari semasa ke semasa.
![Kes tukar agama: MAIPs fail kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan Kes tukar agama: MAIPs fail kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Kes tukar agama: MAIPs fail kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan
Permohonan itu difailkan semalam oleh MAIPs selaku pemohon menerusi Tetuan Chambers of Zainul Rijal dengan menamakan Loh sebagai responden.