'Main dam pun boleh jatuh haram sebab bazir masa' - Mufti Perak

Wan Syamsul Amly
Januari 23, 2016 15:50 MYT
HARUSSANI: Catur ini permainan orang putih, masyarakat akan menganggap baik kalau ia permainan orang putih. Kalau bermain dan menghabiskan masa, ia sama sahaja dengan dam.
Permainan dam boleh diisytiharkan haram di sisi Islam sama seperti catur kerana mempunyai unsur membazirkan masa.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, banyak contoh di sekeliling masyarakat hari ini yang leka dengan permainan tersebut sehingga melewatkan ibadah serta tugasan yang seharusnya dilakukan.
"Kerana itu main dam pun sama sahaja dengan catur. Di Kelantan misalnya, suami banyak bermain dam di pasar.
"Catur ini permainan orang putih, masyarakat akan menganggap baik kalau ia permainan orang putih. Kalau bermain dan menghabiskan masa, ia sama sahaja dengan dam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Harussani mengulas kenyataan Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah Al-Sheikh yang mengisytiharkan permainan catur sebagai haram di sisi Islam dalam sebuah video YouTube yang viral di kalangan pengguna Twitter di Arab Saudi.
Menurut Sheikh Abdul Aziz, catur dianggap haram kerana permainan tersebut membazirkan masa dan wang, serta mewujudkan permusuhan dan kebencian antara manusia.
Dalam pada itu kata Harussani, pengharaman catur sebenarnya sudah lama dibuat oleh Arab Saudi kerana corak permainannya yang berunsur pembunuhan serta menghina raja.
Bagaimanapun jelasnya, ia tidak diisytiharkan sama di negara ini kerana mempunyai pandangan dan pemahaman berbeza dari sudut feqah.
"Masa dahulu lagi sudah ada fatwa yang mengatakan catur ini haram tetapi kita tidak ada perbincangan mengenai isu ini," ujarnya.
Dalam pada itu, laman Twitter juga dipenuhi pelbagai pandangan mengenai isu pengharaman catur berkenaan.

Mufti Saudi mengharamkan catur? Bukankah catur dikenal orang Eropa dari pertemuan dgn orang2 Muslim di antara jeda Perang Salib?

— goenawan mohamad (@gm_gm) January 22, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Mengapa ulama di Saudi Arabia melarang permainan catur? Sebab bidak-bidaknya semua telanjang bulat tidak menutup aurat.

— Abi Hasantoso (@TheREAL_Abi) January 23, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Darjah 3 aku belajar main catur. Dari saat itu sudah beribu kali aku main, dengan pelbagai orang. Catur galakkan persahabatan.

— Jimadie Shah Othman (@jimadieshah2) January 23, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Catur merupakan permainan yang dimainkan di Eropah semasa separuh abad kedua pada abad yang ke-15 selain dikatakan kini merupakan permainan yang paling popular di dunia.
Sementara dam asalnya merupakan permainan lama yang dipanggil Alquerque dan dimainkan sekitar abad ke-12 oleh orang Perancis.
#catur #catur haram #dam #Harussani Zakaria #Mufti Besar Arab Saudi #Mufti Perak #Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah Al-Sheikh
;