MAIK gesa perkemas kuatkuasa sekat ajaran Syiah
Astro Awani
Mei 24, 2013 08:13 MYT
Mei 24, 2013 08:13 MYT
Majlis Agama Islam Negeri Kedah digesa memperkemas penguatkuasaan undang-undang bagi mengawal dan menyekat ajaran Syiah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan penguatkuasaannya perlu serius bagi mengelakkan kerosakan akidah.
Tegasnya Majlis Agama Islam negeri perlu menggunakan peruntukan sedia ada demi mengekalkan perpaduan umat Islam.
Tambahnya hal ehwal berkaitan ajaran Syiah dan ajaran sesat adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri melalui majlis agama Islam negeri-negeri dan bukannya pihak Jakim.
Berita selanjutnya dapat diikuti melalui video yang telah disediakan.