Mahu selamatkan UMNO? Ketepikan pemimpin ada dakwaan mahkamah - Musa Hitam

Astro Awani
Mac 7, 2021 16:37 MYT
Tun Musa Hitam menegaskan tindakan UMNO memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) "hanya cakap-cakap, terjerit-jerit sahaja tapi secara praktisnya, tiada apa-apa pun". - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Dalam usaha menyelamatkan UMNO, langkah pertama yang perlu parti itu lakukan adalah berani mengambil pendirian untuk ketepikan mana-mana pemimpin yang ada hubung kait dengan pendakwaan di mahkamah.
Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam berkata, kesemua pemimpin yang sedang menghadapi pendakwaan di mahkamah harus diketepikan sehinggalah membuktikan mereka tidak bersalah.
Musa yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri menegaskan, hanya dengan cara itu, barulah masyarakat akan menghormati mereka.
“Kedua, kalau ada yang keluar, barulah kumpulan yang saya sebut sebagai kelompok ketiga, yang berkebolehan itu boleh diangkat untuk memimpin parti.
“Yang ketiga, mereka ini sama ada berpengalaman atau tidak, kita jangan terus kecam sebagai mentah dan tak berpengalaman.
BACA: PN lebih retak jika Kabinet UMNO digugurkan - Dr Mazlan
BACA: PRU antara Jun dan Julai? Pendakwaan lebih keras ke atas pemimpin UMNO? - Ini jawapan Hamzah Zainuddin
“Tengok sekarang, berapa banyak negara di dunia yang pemimpinnya dalam kalangan orang muda. Tiada pengalaman pun, yang penting belajar,” katanya dalam wawancara dengan akhbar Mingguan Malaysia.
Untuk rekod antara pemimpin dalam UMNO yang sedang menghadapi pendakwaan di mahkamah ialah Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mengulas lanjut berkaitan tiga kelompok dalam UMNO, Musa berkata, ia terbahagi kepada kumpulan UMNO tulen, yang menyebelahi pucuk pimpinan dan ketiga mereka yang berkebolehan.
“Ada tiga, satu UMNO yang tulen. Maknanya betul-betul orang yang hati sanubarinya UMNO.
“Kedua, yang menyebelahi pucuk pimpinan dan ini diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bersama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Politik | Memahami dinamika UMNO dan Bersatu
“Ketiga ialah mereka yang berkebolehan, masih percaya kepada UMNO tapi tak diberi peluang menonjol ke hadapan,” jelasnya.
Dalam pada itu, Musa menegaskan tindakan UMNO memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) “hanya cakap-cakap, terjerit-jerit sahaja tapi secara praktisnya, tiada apa-apa pun”.
PRU-15 | Keputusan UMNO muktamad, tolak kerjasama BERSATU
“Ini (putuskan hubungan) adalah mustahil, dan tidak akan berlaku. Sebenarnya, mereka ini sedang buat kira-kira dan congak politik, “aku kalau pergi parti sana, kalau tiga orang keluar, kerajaan boleh jatuh”.
“Tapi hakikatnya dia juga yang duduk dalam kerajaan itu. Pokoknya, mereka tak maksudkan perkara itu.
“Macam mana mereka hendak buat, sedangkan UMNO itu sebahagian dari kerajaan sekarang. Politik di Malaysia ini hanya untuk kepentingan diri sendiri,” katanya.
#Najib Razak #Zahid Hamidi #PPBM #UMNO #Musa Hitam #PRU #mahkamah #politik #kerajaan #Bersatu #BN #PN #Rasuah #dakwaan #presiden
;