KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi memadamkan lebih separuh daripada pernyataan saksi bertulis bekas pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), mengenai kes pengubahan wang haram berjumlah RM9.5 juta yang dihadapi peguam itu.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin dalam penghakiman ringkasnya memutuskan bahawa tiada kemungkinan 33 daripada 51 perenggan dalam pernyataan bertulis Syed Nasrul Fahmi Syed Mohamad, saksi pendakwaan ketujuh memprejudiskan tertuduh, Muhammad Shafee.
Hakim itu berkata seperti yang dinyatakan dalam Mahkamah Persekutuan berhubung kes Datuk Seri Anwar Ibrahim lawan pendakwa raya, mahkamah itu mempunyai bidang kuasa sedia ada untuk memadam keterangan yang prejudis.
“Mahkamah Rayuan dalam kes sama (Anwar lawan pendakwa raya) turut menyatakan bahawa mahkamah ini mempunyai kuasa untuk memadam keterangan yang tidak relevan dalam membuktikan pertuduhan bagi memastikan tertuduh tidak diprejudiskan.
“Pada pandangan saya, 33 perenggan tersebut dalam pernyataan bertulis saksi pendakwaan ketujuh adalah relevan untuk membuktikan pertuduhan ketiga dan pertuduhan keempat terhadap tertuduh,” katanya.
Hakim Muhammad Jamil berkata keterangan saksi itu adalah tertakluk kepada pemeriksaan balas dan kebenarannya boleh diuji seterusnya dicabar.
“Sama ada keterangan bertulis saksi pendakwaan ketujuh dalam 33 perenggan tersebut wajar diterima atau sebaliknya adalah isu yang berlainan, dan sama ada keterangan saksi tersebut membuktikan atau tidak kesalahan bagi pertuduhan ketiga dan keempat adalah isu berbeza.
“Mahkamah akan menilai keterangan saksi berkenaan dan memutuskan ia wajar diterima atau sebaliknya, sama ada keterangan itu adalah keterangan dengar cakap (hearsay) atau apa-apa alasan lain. Oleh itu, permohonan pihak pembelaan untuk memadamkan 33 perenggan dalam pernyataan bertulis saksi pendakwaan ketujuh ditolak dan mengekalkan 33 perenggan tersebut,” katanya.
Turut hadir pada prosiding hari ini, peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Muhammad Shafee dan Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz. Hari ini ditetapkan untuk sambung bicara dengan pihak pembelaan akan menyoal balas Syed Nasrul Fahmi.
Pada 13 Sept 2018, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta melalui dua cek dikeluarkan oleh Najib, yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.
Muhammad Shafee didakwa menerima cek RM4.3 juta pada 13 September 2013 dan RM5.2 juta pada 17 Februari 2014.
Peguam itu juga berdepan dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram, iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014.
Bernama
Tue Feb 15 2022
Muhammad Shafee antara lain didakwa menerima cek RM4.3 juta pada 13 September 2013 dan RM5.2 juta pada 17 Februari 2014. - Gambar fail/Astro AWANI
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Bekas Peguam Negara Idrus Harun antara Ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baharu
Mereka dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.
Kelantan teruskan usaha laksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah
Kerajaan negeri pandang serius kes 16 seksyen Enakmen Kanun Jenayah Syariah yang dibatalkan, terutama dalam mendepani cabaran semasa.
Kes rogol: Mahkamah Persekutuan benar bekas ADUN Tonoh kemuka bukti tambahan
Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan bekas ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong untuk mengemukakan bukti tambahan dalam rayuannya terhadap sabitan kes merogol pembantu rumah.
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan pengarah resort untuk rayuan terhadap CTOS
Mahkamah menolak permohonan ahli perniagaan untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang telah membatalkan perintah Mahkamah Tinggi yang mengkehendaki CTOS membayarnya RM200,000.
Mahkamah dengar semakan keputusan wanita kekal status agama Islam, 6 Jan depan
Mahkamah Persekutuan menetapkan 6 Jan tahun depan untuk mendengar permohonan seorang wanita bagi menyemak semula keputusan terdahulu yang mengesahkan status agamanya sebagai seorang Islam.
Pengsan ketika disebat, Mahkamah Persekutuan ketepi baki hukuman sebatan terhadap warga India
Mahkamah Persekutuan hari ini mengetepikan baki sebatan yang dikenakan ke atas seorang warga India bagi kesalahan mengedar dadah selepas dia pengsan ketika kali pertama menjalani hukuman itu.
Pendengaran rayuan berhubung isu kewarganegaraan dijadual semula pada 10 Dis
Menurut peguam, tarikh itu dianjak ke bulan Disember susulan penjadualan semula pendengaran kes oleh Mahkamah Persekutuan.
Bunuh Altantuya: Hukuman mati Azilah diganti penjara 40 tahun, 12 sebatan
Di bawah undang-undang baharu itu, hakim mempunyai kuasa budi bicara untuk mengenakan sama ada hukuman mati atau pemenjaraan antara 30 hingga 40 tahun.
Mahkamah Persekutuan dengar semakan hukuman mati Azilah Hadri hari ini
Mahkamah Persekutuan dijadual mendengar permohonan semakan hukuman mati bekas Azilah Hadri, yang disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, hari ini.
Hukuman gantung kes bunuh jutawan kosmetik Sosilawati kekal
Bekas peguam, N Pathmanabhan dan dua lagi kekal dihukum gantung sampai mati atas kesalahan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi pada 2010.