Mahkamah Tinggi Kuching tolak permohonan semakan kehakiman Petronas

Rudi Affendi Khalik
Mac 13, 2020 11:42 MYT
Keputusan itu dibuat Hakim Azhahari Kamal Ramli di Mahkamah Tinggi Kuching pada Jumaat. FOTO: Astro AWANI
Mahkamah Tinggi Kuching hari ini menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berhubung hak Kerajaan Sarawak dalam mengenakan Cukai Jualan Negeri (SST) sebanyak 5 peratus terhadap hasil minyak dan gas yang dieksport dari negeri itu.
Keputusan itu dibuat Hakim Azhahari Kamal Ramli di Mahkamah Tinggi Kuching pada Jumaat.
Petronas diwakili pasukan peguamnya yang diketuai Datuk Imtiaz Sarwar dan Alvin Chong.
Manakala Kerajaan Sarawak diwakili Ketua Peguam Negeri Sarawak, Datuk Talat Mahmood dan Penasihat Undang Undang Negeri Sarawak Datuk Seri J.C Fong.
Hadir sama Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
BACA: Petronas sahkan disaman kerajaan Sarawak
BACA: Mahkamah Tinggi Kuching tolak rayuan Petronas tangguh kes saman SST
#Cukai Jualan Negeri #Mahkamah Tinggi KUching #Petronas #Sarawak #SST
;