Mahkamah Tinggi beri kebenaran prosiding semakan kehakiman TNB
Bernama
Disember 14, 2015 22:48 MYT
Disember 14, 2015 22:48 MYT
Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mengetepikan notis penilaian tambahan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bertarikh 23 Nov bagi tahun taksiran 2013 dan 2014.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, TNB berkata, Mahkamah Tinggi juga memberikan penangguhan sementara semua prosiding selanjutnya, termasuk penguatkuasaan notis, sehingga perbicaraan antara pihak bagi permohonan
penangguhan diadakan.
Pada 27 Nov, TNB berkata ia akan merayu kepada LHDN terhadap penilaian tambahan RM985.57 juta dan RM1.08 bilion ia ditaksirkan masing-masing bagi tahun taksiran 2013 dan 2014.