Mahkamah Persekutuan tolak permohonan kebenaran merayu persempadanan semula kawasan PR Sarawak
Astro Awani
Oktober 15, 2015 12:51 MYT
Oktober 15, 2015 12:51 MYT
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan kebenaran merayu oleh Adun Batu Lintang See Chee How dan seorang pengundi terhadap keputusan berhubung notis Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya di Sarawak.
Menurut laporan The Malaysian Insider, panel tiga hakim yang diketuai oleh Tan Sri Md Raus Sharif, membuat permohonan tersebut ditolak atas alasan bahawa perkara itu kini adalah akademik.
Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi Kuching pada 15 Mei tahun ini, yang memerintahkan SPR supaya mengeluarkan semula notis selepas memutuskan bahawa notis terbabit kekurangan butiran.
Pada 25 Mei tahun ini, Hakim Mahkamah Tinggi Yew Jen Kie turut mengeluarkan perintah tambahan dengan mengisytiharkan notis persempadanan semula SPR itu batal dan tidak sah selepas memutuskan bahawa notis itu tidak selaras dengan Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah Tinggi membenarkan semakan kehakiman yang difailkan See dan Pauls.
Dalam melaksanakan urusan persempadanan semula bagi Sarawak, SPR memohon untuk mewujudkan 11 kawasan pilihan raya baharu, dengan menambah daripada 71 kawasan sedia ada kepada 82.
Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh memutuskan bahawa notis SPR adalah selaras dengan Seksyen 4 (a) Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan.
LAGI BERITA MENYUSUL