Mahkamah Persekutuan di sini hari ini membenarkan permohonan yang dikemukakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan dua lagi untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan seorang kanak-kanak Islam tidak sah taraf dibinkan dengan nama bapanya.
Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif yang mengetuai tiga anggota panel hakim membenarkan permohonan Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara menunggu penyelesaian kes di Mahkamah Persekutuan.
Dalam kes sivil, sesuatu pihak perlu mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan sebelum mereka boleh meneruskan dengan sesuatu rayuan itu.
JPN dan dua lagi pemohon telah mengemukakan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dan mahkamah tertinggi itu menetapkan 8 Sept untuk mendengar kes berkenaan.
"Kami membenarkan permohonan penangguhan itu berkuat kuasa hari ini dan tiada perintah mengenai kos,” kata Hakim Md Raus.
Ahmad Terrirudin yang mewakili JPN, ketua pengarahnya dan kerajaan Malaysia memohon kepada Mahkamah Persekutuan penangguhan bagi pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan yang diumumkan pada 25 Mei lepas.
Hakim Md Raus yang bersidang dengan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dand Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin turut membenarkan permohonan Majlis Agama Islam Johor untuk mecelah dalam permohonan penangguhan tiga pemohon itu.
Bagaimanapun panel hakim itu membatalkan permohonan sama daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Kedua-dua majlis agama itu diwakili Datuk Sulaiman Abdullah.
Hakim Md Raus sebelum itu menasihatkan Sulaiman menjadi amicus curiae dalam kes ini (secara literalnya bermakna rakan mahkamah, penasihat yang adil) kerana kes berkenaan merupakan semakan kehakiman dan bukan kes saman.
"Saya mahu kes ini diselesaikan segera dan kita tidak mahu pelbagai pihak mencelah dan berhujah atas perkara yang sama," kata Hakim Md Raus.
Peguam K.Shanmuga yang mewakili ketiga-tiga responden telah membantah permohonan itu tetapi bersetuju peguam bagi kedua-dua Majlis Agama itu dijadikan amicus curiae.
Pada 25 Mei, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan yang dikemukakan pasangan itu dan anak lelaki mereka yang memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi memastikan ketua pengarah JPN menukar perkataan 'Ábdullah' sebagai bin untuk nama kanak-kanak itu kepada nama bapanya dalam sijil kelahiran kanak-kanak berkenaan.
Mahkamah Rayuan dalam penghakiman bertulisnya pada 25 Julai tahun ini berkata ketua pengarah JPN tidak terikat dengan fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam menentukan nama bapa seseorang kanak-kanak Islam yang tidak sah taraf.
Mahkamah itu berkata bidang kuasa ketua pengarah berkenaan adalah bersifat sivil dan hanya terhad dalam menentukan sama ada ibu bapa kanak-kanak itu telah memenuhi syarat yang terkandung dalam Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA) yang meliputi semua kanak-kanak tidak sah taraf melibatkan orang Islam dan bukan Islam.
Mahkamah itu memutuskan bahawa fatwa bukan perkara yang wajib diterima oleh undang-undang dan tidak boleh dijadikan asas undang-undang oleh ketua pengarah JPN dalam menentukan nama bapa seseorang anak yang tidak sah taraf mengikut Seksyen 12 A (2) BDRA.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 21 2017

MD RAUS: Kami membenarkan permohonan penangguhan itu berkuat kuasa hari ini dan tiada perintah mengenai kos. - Gambar fail
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

MEKAR mudahkan urusan miliki dokumen pengenalan diri di pedalaman
Program MEKAR bersifat 'outreach' di mana JPN turun ke lapangan membantu menyelesaikan isu berkaitan dokumen pengenalan diri mereka.

Banjir: JPN tawar penggantian dokumen pengenalan diri tanpa denda - Saifuddin
Jabatan Pendaftaran Negara menawarkan perkhidmatan penggantian dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan dan sijil lahir tanpa denda kepada mangsa banjir.

JPN nafi hantaran tular 'Bantuan MyKad RM700 Fasa 3 Sept 2024'
Jabatan Pendaftaran Negara menafikan hantaran tular di media sosial mengenai pemberian bantuan wang tunai sebanyak RM700 yang dibuat oleh Jabatan itu.

Sebanyak 27,280 kes daftar lewat kelahiran sejak 2022
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan sebanyak 27,280 kes permohonan pendaftaran lewat kelahiran sejak 2022 sehingga semalam.

Lebih 2,000 kes permohonan kewarganegaraan selesai
Kementerian Dalam Negeri menyelesaikan sebanyak 2,373 kes permohonan taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan sehingga 24 Mei 2024.

3 cap jari di lokasi Faisal Halim disimbah asid tiada dalam rekod JPN
Polis sudah mendapatkan bantuan JPN bagi membuat semakan terhadap cari jari yang dianalisis pihak forensik.

JPN terima hampir 60,000 permohonan gantian kad pengenalan baharu tahun ini
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima sebanyak 59,037 permohonan gantian kad pengenalan baharu tahun ini.

Badrul Hisham Ketua Pengarah JPN baharu berkuat kuasa hari ini
Pelantikan itu bagi menggantikan Zamri Misman yang bertukar ke BHEUU, Jabatan Perdana Menteri pada 2 Feb lepas.

Tiga lelaki ditahan guna kad pengenalan palsu
Tiga lelaki ditahan di sekitar Pulau Indah, Pelabuhan Klang pagi tadi kerana disyaki bekerja menggunakan kad pengenalan palsu.

Tiada ejen atau orang tengah untuk urusan JPN
Jabatan Pendaftaran Negara tidak mempunyai ejen atau orang tengah untuk mewakilinya bagi setiap urusniaga dan perkhidmatan.