Mahkamah Majistret Ampang keluar waran tangkap ke atas Jamal

Astro Awani
Jun 1, 2018 14:52 MYT
MOHAMAD FUZI berkata Polis telah memberi masa yang secukupnya kepada Jamal untuk tampil menyerah diri dan memberikan kerjasama dalam membantu siasatan.
Mahkamah Majistret Ampang telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkuat kuasa hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, waran tangkap itu dikeluarkan terhadap Jamal atas kesalahan di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan iaitu melarikan diri daripada tahanan yang sah.
"Polis telah memberi masa yang secukupnya kepada Jamal untuk tampil menyerah diri dan memberikan kerjasama dalam membantu siasatan.
"Namun, beliau gagal selain mengeluarkan kenyataan yang cuba menggambarkan bahawa keselamatan diri beliau terancam," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
Sehubungan itu, Mohamad Fuzi meminta orang ramai menyalurkan sebarang maklumat kedudukan Jamal kepada mana-mana balai polis berdekatan.
BACA: Jamal Yunos sembunyi di ladang kelapa sawit?
BACA: Mana Jamal Yunos? Hanya peguam hadir di IPD Ampang Jaya
BACA: Polis Selangor perhebatkan pemburuan Datuk Jamal
#Jamal Yunos #Ketua Polis Negara #Mahkamah Majistret Ampang #Mohamad Fuzi Harun #Tahanan
;