Mahkamah Kuala Lumpur terima ancaman bom

Hilmi Malik
Julai 25, 2019 05:13 MYT
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur diancam dengan panggilan bom sekitar pukul 12.30 tengah hari Khamis. - Gambar Astro AWANI
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta bertukar panik apabila kesemua kakitangan serta orang ramai diminta meminta mengosongkan bangunan susulan terdapat ancaman bom sekitar jam 12.30 tengah hari Khamis.
Ketika ini, perbicaraan Kes SRC International melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berlangsung di aras lima kompleks mahkamah berkenaan.
Bagaimanapun, pihak Unit Pemusnah Bom serta Unit Anjing Pengesan (K9) telah pun berada di lokasi bagi mengawal keadaan.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#Jalan Duta #Mahkamah Kuala Lumpur terima ancaman bom #unit anjing pengesan #Unit Pemusnah Bom