Mahkamah keluar perintah waran tangkap terhadap Norjuma

Fareez Azman
Mac 30, 2022 12:12 MYT
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengeluarkan perintah waran tangkap terhadap usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed berhubung kes saman fitnah yang dihadapinya pada tahun 2019 dan 2020. - Gambar Instagram
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengeluarkan perintah waran tangkap terhadap usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed berhubung kes saman fitnah yang dihadapinya pada tahun 2019 dan 2020.
Perintah terbabit dikeluarkan berikutan kegagalan selebriti itu memberi kerjasama dari pemulaan kes kerana menghina mahkamah atas ingkar peringkat yang ditetapkan.
Memetik laporan portal berita Harian Metro, peguam bagi pihak Fame Up Entertainment, Muhammad Hassanuddin Roslan berkata, pihaknya bagaimanapun gagal menyerahkan waran tangkap berikutan selebriti itu tiada di kediamannya pada Selasa.
Sehubungan itu, pihaknya akan memohon tarikh baharu untuk permohonan waran tangkap ke atas Norjuma sekali lagi.
"Mungkin selepas ini kita akan menyerahkan waran tangkap itu ke pihak polis bagi membantu mengesan Norjuma dan menahannya," katanya.
#waran tangkap Norjuma #Norjuma Habib Mohamed #usahawan selebriti #saman fitnah
;