Mahkamah arah tiga beradik diserah kepada ibu

Sinar Harian
Februari 21, 2022 11:40 MYT
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan habeas corpus Loh Siew Hong untuk mendapatkan tiga anaknya yang berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin membenarkan permohonan seorang ibu tunggal dalam permohonan habeas corpus untuk mendapatkan tiga anaknya yang berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Ketika prosiding permohonan yang dibuat Loh Siew Hong, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata, arahan itu berkuat kuasa serta-merta.
Pada 2019, Siew Hong mendapat hak penjagaan sementara tiga anaknya dan hak penjagaan penuh pada Disember tahun lalu.
Wanita itu kemudian membuat laporan polis bagi meminta kepulangan tiga anaknya, yang didakwa ditahan seorang pendakwah wanita dari sebuah NGO mualaf di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Anak-anak Siew Hong kini berada bawah jagaan JKM sementara menunggu keputusan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi.
*Berita asal di Sinar Harian
#Jabatan Kebajikan Masyarakat #permohonan habeas corpus #Loh Siew Hong #Collin Lawrence Sequerah
;