KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan blogger Papagomo atau lebih dikenali sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris untuk memadamkan sebuah klip video di akaun Facebook miliknya didakwa mengandungi kenyataan fitnah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar, dalam tempoh 24 jam.
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kadir mewakili Mohd Na'im selaku plaintif berkata Pesuruhjaya Kehakiman Leong Wai Hong membenarkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) yang difailkan menteri itu pada prosiding secara dalam talian hari ini.
"Injunksi itu bagi menghalang Wan Muhammad Azri selaku defendan daripada menerbitkan, menyiarkan, berkongsi, menerbitkan, menyiarkan semula atau berkongsi semula sebuah video bertarikh 18 Sept lalu yang mengandungi kenyataan fitnah tersebut berserta klip video berdurasi enam minit 41 saat yang diambil daripada akaun Tiktok '@nurhafizulbadrulhisham' daripada laman Facebook milik defendan dalam apa cara sekalipun.
"Ia juga bagi menghalang defendan atau ejen-ejennya daripada menerbitkan, menyiarkan dan berkongsi kenyataan fitnah serupa yang mempunyai kesan seperti hantaran tersebut selain memadamkannya dalam tempoh 24 jam," kata peguam itu.
Mahkamah turut menetapkan 7 Nov sebagai tarikh pendengaran injunksi inter-parte (kedua-dua pihak).
Mohd Na'im yang memfailkan saman itu pada 19 Okt lepas, mendakwa Wan Muhammad Azri menerbitkan satu hantaran terhadapnya di akaun Facebook milik defendan dikenali sebagai "Sir Azri" bertarikh 18 Sept 2023.
Menurutnya, dalam hantaran Facebook itu defendan memuat naik satu klip video berdurasi enam minit 41 saat, yang merupakan klip video diambil daripada akaun TikTok "@nurhafizulbadrulhisham".
Plaintif mendakwa kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud plaintif selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak membuat atau melakukan apa-apa tindakan positif bagi kesejahteraan agama Islam, memandangkan plaintif kononnya mempunyai kes berkaitan tuduhan seksual atau lucah adalah seorang penunggang agama yang tidak cakna dengan kestabilan masyarakat Melayu beragama Islam di Malaysia.
Katanya, kenyataan fitnah tersebut menjejaskan reputasi, merosakkan martabat, menjatuhkan maruah dan merendahkan status plaintif di mata masyarakat umum.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2023

Mohd Na'im yang memfailkan saman itu pada 19 Okt lepas, mendakwa Wan Muhammad Azri menerbitkan satu hantaran terhadapnya di akaun Facebook milik defendan dikenali sebagai "Sir Azri" bertarikh 18 Sept 2023. - Gambar fail

Anda kini boleh siar kandungan Telegram dengan Google Cast
Melaluinya, pengguna hanya perlu membuka video, mengetik ikon tetapan dan memilih Chromecast untuk memulakan tontonan.

CENTHRA kutuk kegagalan Sidang Konvensyen Geneva Keempat, anggap satu pengkhianatan
"Keadilan tidak boleh sekadar menjadi retorik kosong. Dunia akan mengingati siapa yang berdiam diri dalam menghadapi kezaliman ini."

Israel tidak hormat Ramadan, sasar masjid di Tebing Barat
Masjid tersebut hangus dan sebahagiannya terbakar selepas operasi ketenteraan yang dilaporkan berlaku antara pukul 2 pagi dan 6.30 pagi.

Aneka kuih talam Cik Mah 'licin' dalam masa sejam
Kuih talam Cik Mah yang dijual sejak 40 tahun lepas sentiasa menjadi tumpuan peminat kuih tradisional setiap kali menjelangnya Ramadan.

12 cedera insiden tembakan di pub Toronto
Insiden itu merupakan situasi dalam kawalan dengan kecederaan dialami mangsa berada pada tahap ringan hingga kritikal.

Angka korban ribut di selatan Argentina meningkat kepada 13
Angka korban akibat ribut dahsyat yang melanda bandar pelabuhan Bahia Blanca di selatan Argentina pada Jumaat meningkat kepada 13 orang.

Banjir: Jumlah mangsa dipindahkan di Sabah terus meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini terus meningkat kepada 1,748 orang daripada 570 keluarga setakat 8 pagi ini.

Yusri Che Lah akui ketangkasan Muhammad Aqil antara punca Perak FC gagal raih tiga mata di Manjung
Pemain terlalu gopoh dan tertekan untuk menjaringkan gol menjadi punca Perak FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri.

Kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang dinaikkan 25 peratus berkuat kuasa 2026 - PM Anwar
Kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang (Capitation Grant) dinaikkan 25 peratus atau RM109 juta kepada RM548 juta berkuat kuasa mulai 2026.

KSN buat lawatan mengejut ke UTC Kuantan
Lawatan mengejut itu memberi gambaran jelas mengenai apsek yang perlu ditambah baik di UTC Kuantan, kata Shamsul Azri.

KPN sumbang RM10,000 kepada TAWP hasil kos guaman dibayar Papagomo
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain menyumbangkan RM10,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) hari ini.

KPN dapat kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Papagomo
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memperoleh kebenaran memulakan prosiding komital terhadap blogger Papagomo.

Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.

Papagomo dilarang keluar kenyataan fitnah terhadap KPN, diarah padam video
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berjaya dalam permohonannya untuk menghalang blogger Papagomo daripada mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya.

Papagomo diperintah padam kenyataan fitnah terhadap KPN
Pesuruhjaya Kehakiman benarkan permohonan Razarudin untuk perintah injunksi bagi menghalang Papagomo keluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Ketua Polis Negara saman Papagomo kes fitnah
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memfailkan notis tuntutan saman terhadap blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan
Papagomo ditahan 1.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam.

Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.

Keputusan representasi Papagomo gugur pertuduhan hasut, babit Agong Januari depan
Keputusan representasi dikemukakan Papagomo bagi menggugurkan pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan diketahui 6 Jan depan.

Papagomo akan kemuka representasi untuk gugur tuduhan kes menghasut
Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo, akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan menghasut.