Mahkamah Kajang memerintahkan agar Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) tidak meneruskan persidangan bantahan tulisan jawi di Kolej New Era, Kajang, Sabtu ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, pihaknya telah memohon dan mendapat perintah mahkamah pada pukul 3 petang, Jumaat.
"Perintah ini telah diserahkan kepada pihak Dong Zong pada pukul 5 petang, hari yang sama.
"Justeru pihak polis menyeru semua pihak terlibat dan orang ramai untuk tidak hadir ke persidangan tersebut atau mana-mana perhimpunan yang dianjurkan pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO), Persatuan dan Pertubuhan untuk protes persidangan berkenaan.
"Terdapat banyak laporan polis dibuat seluruh negara berhubung persidangan tersebut," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Baru-baru ini, Dong Jiao Zong dilapor menggesa pertubuhan Cina lain di negara ini mendaftar untuk menghadiri kongres berkenaan yang dijadual berlangsung di Kolej New Era di Kajang, kononnya untuk menjaga kedaulatan pihak lembaga sekolah vernakular.
Isu pembelajaran Jawi mencetuskan perbalahan pelbagai pihak sehingga mengheret ke kancah perkauman serta campur tangan parti politik berteraskan kaum Cina seperti MCA atau dengan keahlian majoriti dari kaum berkenaan seperti Gerakan.
Mengulas lanjut, Ahmad Dzaffir berkata bagi mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan awam pihak polis telah memohon perintah ini atas dasar mengelakkan gangguan dan mencetus kegusaran orang ramai daerah Kajang.
"Pihak polis menyeru semua pihak agar menghormati undang-undang dan perintah mahkamah ini dan tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat individu atau pihak enggan mematuhinya," jelas beliau.
Afiezy Azaman
Fri Dec 27 2019
AHMAD DZAFFIR: Terdapat banyak laporan polis dibuat seluruh negara berhubung persidangan tersebut. - Gambar fail
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
PM digesa tolak tuntutan Dong Zong
Tuntutan Dong Zong untuk mengiktiraf UEC adalah bertentangan dengan aspirasi negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
Dong Jiao Zong akui pembelajaran tulisan Jawi bukan bermotif Islamisasi - Mujahid
Dong Jiao Zon bersetuju pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK bukan bertujuan untuk mengislamkan mana-mana pelajar bukan Islam.
Banyak sangat masalah dalam Kementerian Pendidikan - Dr Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau mendapati terlampau banyak permasalahan dalam Kementerian Pendidikan.
Hubungan kaum, agama semakin parah di Malaysia
Hussamuddin menyifatkan suasana hubungan kaum dan agama di negara ini semakin parah terutama sejak 20 bulan lalu.
Jawi: Dong Jiao Zong serah memorandum, mahu berjumpa Menteri Pendidikan
Pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pendidikan berhubung pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran.
GAMIS desak Dong Zong diharamkan
Desakan itu disuarakan dalam Himpunan Bangkit Pertahan Jawi, Haramkan Dong Zong yang berlangsung di ibu negara, pada Rabu.
Persidangan Dong Zong sepatutnya dibenarkan - Suhakam
Suhakam menegaskan, hak kebebasan berhimpun dan bersuara dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
17 persatuan Cina tidak puas hati tindakan polis
Sebanyak 17 persatuan Cina melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan polis memohon perintah larangan daripada mahkamah terhadap Persidangan Pertubuhan-Pertubuhan Cina yang dijadualkan hari ini.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.