Mahfuz: Status Mat Sabu tidak berasas

Astro Awani
Februari 2, 2013 01:07 MYT
Sebarang desas desus bahawa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 adalah tidak berasas.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau dan Mat Sabu sendiri hingga kini tidak mengetahui status mereka sama ada terpilih sebagai calon untuk bertanding di Kedah ataupun di mana-mana kawasan negeri lain.
Ujarnya, semua keputusan ini tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat dan kepimpinan pakatan pembangkang untuk menentukannya.
Pada masa sama, Mahfuz turut menjangkakan ramai muka-muka baru akan diketengahkan oleh Pas sebagai calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis ceramah penutup program Karnival Kedah Sejahtera di Kompleks Pas Pokok Sena, Pokok Sena, Kedah malam Jumaat.
#Datuk Mahfuz Omar #Mohamad Sabu #Naib Presiden Pas #PAS #PRU-13 #PRU13 #Timbalan Presiden Pas