Mahdzir tidak terima makluman dilantik ganti Shamsul Anuar sebagai Menteri Tenaga

Bernama
Ogos 4, 2021 18:01 MYT
Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesahkan tidak menerima sebarang makluman mengenai desas-desus yang mengatakan beliau dilantik sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesahkan tidak menerima sebarang makluman mengenai desas-desus yang mengatakan beliau dilantik sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.
"Saya tidak ada menerima sebarang makluman mengenai berita yang disebarkan sejak semalam," katanya di laman Twitter beliau hari ini sambil berkongsi artikel media tempatan yang menyiarkan berita mengenai pelantikan itu.
Portal media tempatan melaporkan Ahli Parlimen Padang Terap itu dilantik sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli bagi menggantikan Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah yang meletak jawatan semalam.
- BERNAMA
BACA: Shamsul Anuar letak jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli
#Mahdzir Khalid #Shamsul Anuar Nasarah #Menteri Tenaga dan Sumber Asli #Ahli Parlimen Padang Terap #Naib Presiden UMNO
;