Mahdzir Khalid dilantik Pengerusi TNB

Astro Awani
Mei 8, 2020 17:55 MYT
TNB dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, pelantikan Ahli Parlimen Padang Terap itu bagi menggantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir yang dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 1 Mei lalu. - Gambar fail
Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dilantik sebagai Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkuat kuasa 12 Mei ini.
TNB dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, pelantikan Ahli Parlimen Padang Terap itu bagi menggantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir yang dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 1 Mei lalu.
Menurut kenyataan sama, Mahdzir bukanlah asing kepada industri tenaga elektrik negara dan TNB kerana beliau merupakan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dari Mei 2013 hingga Julai 2015.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pihaknya mengalu-alukan pelantikan Mahdzir dan yakin dengan kepemimpinan bekas Menteri Besar Kedah itu.
"Dalam suasana yang mencabar ketika ini, kami yakin kepimpinan beliau dapat membantu TNB mengharungi cabaran semasa serta mencapai aspirasi transfomasi syarikat ke arah menjadi antara 10 firma utiliti utama dunia menjelang 2025," katanya.
Dalam masa sama, Amir Hamzah turut berterima kasih kepada Ahmad Badri atas kepemimpinan, bimbingan dan nasihat yang disumbangkan sepanjang berkhidmat dengan TNB.
Mahdzir mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan pernah menjadi Pengerusi MADA (Muda Agricultural Development Authority) dan KEDA (Kedah Regional Development
Authority), selain Timbalan Pengerusi Penggalakan Pelancongan Malaysia (Kementerian
#Ahmad Badri Mohd Zahir #Amir Hamzah Azizan #Kedah #Mahdzir Khalid #menteri #Muhyiddin Yassin #Perikatan Nasional #Sains #Tenaga Nasional Berhad #TNB #USM
;