MAHB lantik Mohamed Rastam sebagai pemangku CEO kumpulan

Bernama
Oktober 6, 2023 20:16 MYT
MAHB dalam satu kenyataan hari ini berkata Mohamed Rastam menyertai pengendali lapangan terbang itu pada 1 Jan 2020.
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Mohamed Rastam Shahrom akan memegang jawatan sebagai pemangku ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan, berkuat kuasa 25 Okt ini.
MAHB dalam satu kenyataan hari ini berkata Mohamed Rastam menyertai pengendali lapangan terbang itu pada 1 Jan 2020.
Sementara itu, Datuk Seri Iskandar Mizal Mahmood melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Urusan (MD) pada akhir tempoh kontraknya menjelang 24 Okt depan.
"Iskandar dilantik sebagai MD MAHB pada 25 Okt 2021, dan sepanjang tempoh dua tahun, beliau menerajui beberapa aliran transformasi yang menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan kumpulan, menghasilkan trajektori kukuh kumpulan ke arah pemulihan kewangan daripada kesan pandemik global," kata MAHB.
-- BERNAMA
#MAHB #pemangku CEO kumpulan #Mohamed Rastam Shahrom #Malaysia Airports Holdings Bhd
;