Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah menetapkan wawasannya untuk menjadi peneraju global dalam mewujudkan bandar lapangan terbang, kata Pengerusinya Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.
Beliau berkata MAHB telah membangunkan strategi perniagaan dengan sewajarnya, dengan memberi tumpuan dalam menyediakan pengalaman untuk menggembirakan tetamu, membina perkongsian yang berjaya, menyediakan penyambungan digital dan pengangkutan secara menyeluruh, mempelbagaikan asas perniagaan bukan aeronautik serta melestarikan alam sekitar dan masyarakat.
Setakat ini, beberapa projek utama telah dilaksanakan di Aeropolis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kata beliau dalam ucapannya pada majlis makan malam Persidangan dan Pameran Bandar-bandar Lapangan Terbang 2014 di sini.
Antara projek berkenaan ialah Mitsui Outlet Park KLIA, projek usahasama antara MAHB dan Mitsui Fudosan, satu daripada pemaju komersial dann taman outlet terbesar Jepun.
Projek Mitsui Outlet Park itu bakal menjadi taman outlet terbesar seumpamanya di Asia Tenggara, kata beliau sambil menambah bahawa projek ini merupakan sebahagian daripada pembangunan berterusan Aeropolis KLIA, yang menyediakan peluang yang baik untuk mengembangkan lagi asas perolehan bukan aeronautik MAHB.
"Projek ini juga selaras dengan usaha kerajaan Malaysia dalam mengubah KLIA kepada hab peruncitan di bawah Program Transformasi Ekonomi.
"Dengan kos pembangunan kasar sebanyak RM335 juta, ia dianggarkan menjana pendapatan negara kasar sebanyak RM221 juta dan mewujudkan 2,577 pekerjaanmenjelang 2020, yang akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia dan KLIA dalam pelancongan runcit sebagai peta destinasi," katanya.
Pada masa ini, KLIA mempunyai simpanan tanah seluas 100 kilometer persegi di sekitar lapangan terbang dan daripada jumlah itu, 2,727 hektar disediakan untuk pembangunan komersial.
Bernama
Wed Apr 02 2014

Keselamatan: pastikan kenderaan perdagangan selamat digunakan - Loke
Syarikat pengendali kenderaan perdagangan berpotensi digantung operasi oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sekiranya kenderaan milik mereka yang terlibat kemalangan gagal proses audit Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Kemalangan maut: Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori treler 40 kaki dalam satu kemalangan di Lebuhraya Damansara menghala ke Puchong awal pagi, pada Selasa.
Letupan Sungai Golok: PGA perketat kawalan sempadan, halang suspek masuk Malaysia
Pasukan Gerakan Am (PGA) memperketat kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi menghalang suspek yang dikaitkan dengan insiden letupan bom di Sungai Golok, selatan Thailand daripada melarikan diri ke Malaysia.

ACLE: JDT anggap aksi menentang Buriram United seperti perlawanan akhir
Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menganggap pertemuan menentang kelab Thailand Buriram United pada aksi kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Elite (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim di sini seperti p
Nahas lampu isyarat: seorang lagi mangsa meninggal dunia
Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Persiaran Senawang 1 di Seremban pada Khamis lepas disahkan meninggal dunia malam Isnin.

Sabah Maju Jaya: Isu perumahan, masalah setinggan dapat perhatian
Kata Hajiji, masalah perumahan berpunca daripada kos sewa yang tinggi akhirnya menyumbang kepada lambakan perumahan setinggan.

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

MAHB akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijadualkan akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025.

Tuduhan KWSP rugi jual saham MAHB tidak berasas, catat pendapatan pelaburan RM63.48b
Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) disifatkan sebagai tidak berasas.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Usaha transformasi MAHB akan buahkan hasil - MOF
Usaha penstrukturan semula MAHB dengan penubuhan konsortium diterajui Gateway Development Alliance dijangka membuahkan hasil.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.

KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.

MAHB akan dinyahsenarai dari pasaran utama, hari terakhir dagangan pada 19 Feb
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan dinyahsenarai dari Pasaran Utama Bursa Malaysia kerana peratusan saham syarikat yang dimiliki oleh pelabur awam minimumnya kini kurang daripada 25 peratus.

Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.