Mahasiswa UUM mengundi 9 Januari 2024, pilih wakil MPP sesi 2023/2024

Astro Awani
Disember 26, 2023 16:06 MYT
Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan (dua kiri) dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed bersama barisan kepimpinan MPP - Foto/MPP UUM
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus (JPRK) Universiti Utara Malaysia (UUM) menetapkan 9 Januari 2024 sebagai tarikh Pilihan Raya Kampus (PRK) bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2023/2024.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UUM dalam satu kenyataan berkata, JPRK menetapkan tarikh pembelian borang pencalonan bermula hari ini hingga 28 Disember, manakala tempoh semakan dan pengesahan pencalonan akan dibuat bermula 26 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024.
"Hari penamaan calon PRK UUM ditetapkan pada 2 Januari tahun hadapan dan calon-calon boleh berkempen bermula 2 hingga 8 Januari 2024.
"Hari pengundian dan pengumuman keputusan PRK UUM diadakan pada 9 Januari 2024," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
MPP UUM menambah, pelaksanaan pemilihan tersebut akan menjadi medan latihan untuk pelajar menentukan pemimpin yang akan memperjuangkan hak dan hasrat mereka.
Majlis perwakilan itu berkata, dengan pengumuman tarikh PRK UUM tersebut, MPP bagi sesi 2022/2023 dibubarkan bermula 26 Disember dan universiti berhak melantik caretaker bagi menjalankan peranan MPP sehingga barisan kepimpinan baharu dilantik nanti.
Sebelum ini, KPT dilapor meminta tata cara pelaksanaan PRK disemak semula bagi memberi laluan kepada mahasiswa mengendalikan proses pemilihan berdasarkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
#pilihan raya kampus #UUM #Pemilihan MPP #Pendidikan Malaysia
;