Mahasiswa Sarawak boleh tinggal di kampus, jika pulang wajib kuarantin di rumah

Astro Awani
Mac 17, 2020 22:26 MYT
Mahasiswa Sarawak yang menuntut di IPT awam dan swasta di Semenanjung dibenarkan tinggal di kampus masing-masing walaupun kuliah dibatalkan.
Mahasiswa Sarawak yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di Semenanjung dibenarkan tinggal di kampus masing-masing walaupun kuliah dibatalkan.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, perkara itu telah dibincangkan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad hari ini.
Bagaimanapun kata Abang Johari, jika mahasiswa mahu pulang ke Sarawak mereka boleh berbuat demikian tetapi perlu melakukan kuarantin di rumah sebaik sahaja tiba di negeri itu.
"Bagi anak-anak kita yang belajar di Semenanjung dibenarkan tinggal di kampus walaupun kuliah dibatalkan. Perkara ini saya sudah berbincang tadi. Saya baru pulang dari Kuala Lumpur. Sudah berbincang dengan Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi.
"Orang Sarawak yang pulang ke Sarawak perlu kuarantin sendiri selama 14 hari di rumah," katanya dalam satu sidang media Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Sarawak di Bilik Gerakan Wisma Bapa Malaysia malam ini.
#Abang Johari Tun Openg #COVID-19 #Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg #ipta #keselamatan #kuarantin di rumah #Mahasiswa Sarawak
;