Mahasiswa perlu lebih berani dan berfikiran jauh

Astro Awani
Februari 7, 2013 08:13 MYT
Mahasiswa perlu lebih berani dan berfikiran jauh untuk menjadi insan yang berkualiti.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, semua pihak perlu mengembleng tenaga bagi memastikan daya pemikiran mereka lebih kritikal dan bebas bersuara.
Menurut Saifuddin, meskipun Akta Universiti dan Kolej Universiti telah dipinda namun ia masih dilihat sebagai menyekat suara para mahasiswa.
“Cara untuk menamatkan budaya takut dikalangan orang muda adalah dengan memberikan mereka peluang untuk bersuara, dengan undang-undang yang terlalu ketat ianya hanya akan meninggalkan kesan negative terhadap mahasiswa,” kata Saifuddin.
Sehubungan itu, rundingan dan perbincangan pelbagai kelompok perlu dilakukan untuk mencapai penyelesaian.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri perbincangan meja bulat anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) di Petaling Jaya.
#Datuk Saifuddin Abdullah #Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia #proham
;