Mahadzir Lokman semakin stabil, berpindah ke wad biasa
Astro Awani
September 29, 2017 19:22 MYT
September 29, 2017 19:22 MYT
Pengacara terkenal, Datuk Mahadzir Lokman kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan telah dipindahkan ke wad biasa Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya mulai hari ini.
Ikon penyiaran yang berusia 60 tahun itu dijangka akan berada di bawah pemantauan kumpulan perubatan PPUM selama seminggu sebelum dibenarkan untuk pulang.
Dalam satu mesej WhatsApp kepada pihak media dari adiknya, Danial hari ini Mahadzir dilaporkan sudah semakin ceria dan telah mula berkomunikasi dengan pelawat yang datang ke hospital.
Menurut Danial, keluarganya berterima kasih kepada warga PPUM dan kumpulan perubatan yang diketuai Perunding Kanan, Profesor Syahnaz Hasan atas bantuan menjaga Mahadzir sepanjang beliau berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), PPUM sejak Ahad lalu.
Mahadzir dikejarkan ke PPUM sekitar jam 10 pagi Ahad selepas dijumpai tidak sedarkan diri di kediamannya di Petaling Jaya selepas pulang dari Jakarta atas urusan kerja minggu lalu.
#Danial Lokman
#Mahadzir Lokman
#Media
#perubatan
#PPUM
#pusat perubatan universiti malaya
#Syahnaz Hasan
#unit rawatan rapi
#WhatsApp