Mahadzir Lokman masih kritikal tetapi stabil - jurucakap keluarga
Astro Awani
September 24, 2017 22:50 MYT
September 24, 2017 22:50 MYT
Pengacara terkenal Datuk Mahadzir Lokman yang berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), sejak pagi tadi, kini masih kritikal namun stabil.
Menurut seorang jurucakap keluarga ikon penyiaran berusia 60 tahun ini, Mahadzir kini berada di bawah pengawasan rapi pihak Unit Rawatan Rapi (ICU) PPUM.
Katanya, keadaan jantung beliau agak lemah dan doktor sedang berusaha mengenal pasti punca penyakit.
Mahadzir dikejarkan ke PPUM pagi tadi sekitar jam 10 selepas tidak sedarkan diri di kediamannya di sini.
Astro AWANI difahamkan Mahadzir baharu pulang dari Jakarta, Indonesia, atas urusan kerja dua hari lalu.
Danial turut berkata harapan keluarganya agar rakan-rakan dan peminat yang mengenali Mahadzir untuk mendoakan kesejahteraan abangnya.