'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini

Amanz
April 27, 2024 06:07 MYT
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple. - Gambar/ Reuters
APPLE merupakan salah satu pengeluar peranti terkemuka dunia, dan mempunyai pembekal daripada kilang-kilang yang ditempatkan di pelbagai negara seluruh dunia.
Untuk makluman, Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
Terbaharu, Apple telah mengeluarkan senarai pembekal mereka untuk tahun fiskal 2023. Melalui senarai berkenaan, Malaysia dilihat mempunyai 19 kilang pembekal kepada Apple.
Berikut merupakan senarai pembekal Apple yang berpusat di Malaysia:
Selain Malaysia, Apple juga mempunyai sejumlah kilang pembekal di negara-negara lain di Asia Tenggara, termasuk 35 kilang pembekal di Vietnam, 24 di Thailand, 23 di Singapura, dan 17 di Filipina.
Sebelum ini juga, kita sedia melihat beberapa produk Apple dipasang di Malaysia, termasuk salah satunya adalah Mac Mini. - Amanz
#Apple #MADE IN MALAYSIA #kilang Apple #Malaysia