Mabuk: Peraih ikan memandu lawan arus dituduh membunuh
Noraniza Kamsani
Jun 1, 2020 12:10 MYT
Jun 1, 2020 12:10 MYT
Seorang peraih ikan yang memandu dalam keadaan mabuk sehingga merempuh kenderaan yang dipandu kakitangan Alam Flora pada 25 Mei lalu, didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh hari ini.
Teoh Kian Peng, 42 tahun, yang berasal dari Tanah Putih, dekat sini, didakwa di hadapan Majistret Najwa Hashim mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Irwan Herman Kamarudin, 41 tahun.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori.
Tiada pengakuan direkodkan dari tertuduh hari ini kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mahkamah menetapkan 8 Julai untuk sebutan semula kes sementara pihak pendakwa menunggu laporan bedah siasat, laporan kimia dan laporan forensik disiapkan.
BACA:
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nasrul Hadi Abdul Ghani dan tertuduh diwakili peguam Tay Yi Kuan.
Mahkamah juga tidak membenarkan tertuduh dijamin.
Dalam kejadian 25 Mei lalu, tertuduh dilaporkan memandu secara melawan arus dipercayai dalam keadaan mabuk dan bertembung dengan kereta dipandu mangsa di Jalan Pintasan Kuantan.
#Alam Flora
#dituduh membunuh
#Irwan Herman Kamarudin
#Jalan Pintasan Kuantan
#kemalangan
#kes bunuh
#Kuantan
#langgar
#mabuk
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#melawan arus
#peraih ikan
#Teoh Kian Peng