MAB tangguh pengambilan tempahan Boeing 737-MAX

Bernama
Januari 15, 2020 17:24 MYT
MAB berkata, keselamatan operasi dan pelanggan menjadi keutamaannya dan ia mengalu-alukan langkah Boeing untuk meningkatkan prosedur bagi memastikan operasi pesawat 737-MAX selamat. - Gambar fail
Malaysia Airlines Bhd (MAB) menggantung pengambilan tempahan pesawat Boeing 737-MAX yang dijadualkan pada 2020, berikutan pemberhentian pengeluaran serta kelewatan pesawat itu untuk kembali beroperasi.
Dalam kenyataan hari ini, penerbangan nasional itu berkata keselamatan operasi dan pelanggan menjadi keutamaannya dan ia mengalu-alukan langkah Boeing untuk meningkatkan prosedur bagi memastikan operasi pesawat 737-MAX selamat.
"Penelitian terperinci masih diteruskan oleh pasukan teknikal kami memandangkan belum ada penjelasan daripada pihak berkuasa mengenai tarikh pesawat itu akan kembali beroperasi," katanya.
-- BERNAMA
#Boeing #MAB #MAB tangguh pengambilan Boeing 737-MAX #Malaysia Airlines Bhd #pesawat
;