Maahad tahfiz persendirian tidak berdaftar bakal ditutup

Syah Hairizal Kamalul Arifin
November 3, 2017 10:05 MYT
Kerajaan Selangor akan menutup maahad tahfiz persendirian yang tidak berdaftar dengan JAIS. - Gambar hiasan
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi amaran akan menutup maahad tahfiz persendirian di negeri itu serta-merta.
Amaran Mohamed Azmin itu ditujukan khusus kepada 127 maahad tahfiz persendirian yang masih gagal mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
"Kesemua maahad tahfiz persendirian yang belum berdaftar digesa mendaftar segera dengan JAIS atau berdepan penutupan," ujarnya ketika membentangkan Bajet 2018 Selangor di Shah Alam pada Jumaat.
Tarikh akhir bagi pendaftaran terbabit adalah pada 15 Disember depan.
Pada pembentangan tersebut, Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM2 juta kepada 262 maahad tahfiz berdaftar yang melibatkan 17,440 murid di negeri itu.
#Azmin Ali #datar #JAIS #kerajaan #shah alam #tahfiz