Maaf Zahir Batin hari-hari: Lenyapkan kemarahan, ikut cara Rasulullah S.A.W.

Astro Awani
April 5, 2024 18:42 MYT
Setiap manusia perlu mencontohi sikap Rasulullah yang melihat diri sendiri untuk memperbaiki diri sendiri. Tepuk dada, tanyalah selera. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Umat Islam perlu mengangkat Nabi Muhammad S.A.W. sebagai role model dalam kehidupan seharian keran sifat-sifat terpuji Baginda.
Begitu pendapat Penolong Profesor ISTAC-IIUM, Dr Ahmad El-Muhammady sambil mengambil kira apabila timbulnya sesuatu polemik yang mampu membangkit perasaan marah contohnya mengakibatkan sifat-sifat terpuji Rasullulah sering dilupakan.
Dr Ahmad menjelaskan, disebabkan perkara isu-isu yang boleh diselesaikan dengan baik dan rasional akan menjadi parah bila terlalu mengikut emosi.
"Bila berada keadaan emosi sudah tentu the role model is no longer the role model, role model lain akan diambil.
"Yang paling dekatnya adalah naratif-naratf semasa yang dianggap perlu diikuti, jadi model Nabi untuk bertoleransi, menghormati bukan lagi jadi keutamaan dalam tindakan politik atau dalam berfikir.
Umat Islam selalu lupa Rasulullah sebagai role model bila ada isu sensitif
"Ini menyebabkan perkara ini menjadi parah kerana ada beberapa isu yang tidak selesai dan melibatkan isu-isu rasional," katanya.
Manakala, Ketua Pegawai Eksekutif Womentum & Ministry of Marketing Asia, Niney Chong berpendapat setiap manusia perlu mencontohi sikap Rasulullah yang melihat diri sendiri untuk memperbaiki diri sendiri.
"Di sebalik kemarahan, gentleness (Baginda) datang dengan lebih cepat kerana beliau telah invest kepada masa dan juga energy untuk belajar dengan lebih dalam lagi mengenai diri dia sendiri dan untuk belajar jadi pemimpin Islam yang lebih kuat, bila saya sebut kuat bukan bermakna ia lebih ganas atau garang lagi," katanya.
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Perkara itu hanya boleh dicapai jika semua pihak menolak sebarang bentuk ekstremisme yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama.
Nasib baik PN tidak ikut rentak Akmal dalam isu stoking
Tindakan Perikatan Nasional yang tidak terikut-ikut pendekatan yang dilakukan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh dalam isu stoking tertera kalimah Allah amat bertepatan.
Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Profesor Wong Chin Huat berpendapat, sekiranya PN juga membangkitkan sentimen yang sama seperti Muhammad Akmal, keadaan akan menjadi lebih keruh kerana gabungan pembangkang itu mempunyai pengaruh lebih besar berbanding UMNO.
Untuk menguruskan masalah-masalah yang boleh mengeruhkan keharmonian antara kaum dan agama, Chin Huat menyarankan kerajaan menubuhkan satu badan atau majlis antara parti.
"Saya rasa salah satu yang boleh dilakukan oleh kerajaan adalah mengadakan satu badan atau majlis untuk membincangkan isu ini.
Rasulullah selalu lihat dalam dirinya bila timbul masalah
"Kita lihat kali ini jika Perikatan Nasional mengikut Dr Muhammad Akmal Salleh, isu ini akan lebih besar lagi kerana pengaruh PN jauh lebih besar dari UMNO, itu faktanya. Tapi mujurnya PN tidak ikut.
"Jadi apa yang kita perlukan lebih dari itu, kita seharusnya ada satu badan yang mungkin ketuanya perdana menteri, timbalannya ketua pembangkang dan setiausahanya Menteri Hal Ehwal Agama dan Menteri Perpaduan dengan wakil berbagai parti yang lain
"Jika ada isu ada peluang untuk berdiplomasi dan tidak ada pihak yang cuba menangguk di air keruh," tambahnya.
Pendapat ketiga-tiga individu ini diutarakan dalam program Dialog 3 Penjuru pada Khamis, terbitan Astro AWANI.
#Wong Chin Huat #Muhammad Akmal Salleh #Ahmad El-Muhammady #Niney Chong
;