Kerajaan Malaysia tidak pernah bersifat diskriminasi dalam melaksanakan bayaran caj jalan raya (RC) bagi kereta Singapura yang masuk ke Malaysia kerana ia akan turut dilaksanakan secara berperingkat di kesemua 12 laluan pintu masuk negara.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pelaksanaan RC bermula 1 Nov itu telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada rakan sejawatannya di Singapura.
"Singapura telah mengutip RC berpuluh tahun daripada kita. Kita baru sahaja nak mula.
"Kita tidak diskriminasi. Kita akan buat bukan sahaja di sempadan kita bersebelahan Singapura, tetapi sempadan kita di Thailand, Brunei dan Indonesia.
"Kita akan buat yang sama dengan semua sempadan kita serta kutip RM20 setiap kereta," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Liow berkata demikian ketika mengulas laporan mengenai Singapura mungkin akan mengenakan caj yang bertepatan kepada kenderaan Malaysia sekiranya mendapati caj yang dikenakan mendiskrimasi kenderaan Singapura.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri akan menerima 25 peratus atau RM5 daripada caj RM20 yang dikenakan ke atas semua kenderaan persendirian dengan nombor pendaftaran asing dari Singapura.
"Kerajaan negeri juga akan turut mendapat keuntungan daripada pelaksanaan RC ini," kata beliau ketika mengulas dakwaan pembangkang yang kerajaan negeri akan kerugian dengan pelaksanaan RC itu.
Secara purata 20,000 kenderaan berdaftar Singapura masuk ke Malaysia setiap hari melalui Tambak Johor dan Link Kedua.
Setakat Julai tahun ini, sebanyak 144,000 kenderaan Singapura telah didaftarkan melalui Sistem Permit Masuk Kenderaan (VEP).
Terdahulu, beliau melawat kawasan landasan kereta api dan kawasan sekitar yang dijangka diambil alih sebagai zon penampan untuk landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Bahru.
Liow turut melawat kawasan penampan yang berdekatan dengan tokong Pertubuhan Penganut Dewa Tai Poh Yah dekat sini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Datuk Tee Siew Kiong. -- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2016
Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan negeri akan menerima 25% atau RM5 daripada caj RM20 yang dikenakan ke atas semua kenderaan persendirian dengan nombor pendaftaran asing dari Singapura. - Gambar fail
Dasar, program pendidikan tanpa persediaan rapi hanya akan membawa kegagalan - Anuar Ahmad
Sejarah menyaksikan pelbagai dasar dan inisiatif pendidikan yang dengan peruntukan menelan belanja berbilion ringgit, namun semuanya gagal
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Maksimum 20 liter diesel untuk kenderaan asing 30 km dari sempadan Indonesia, Brunei
Kenderaan asing hanya dibenarkan isi minyak diesel tidak lebih 20 liter di stesen minyak Sabah dan Sarawak yang beroperasi dalam radius 30 kilometer dari sempadan Brunei atau Indonesia.
Singapura ketatkan had pelepasan asap kenderaan diesel asing mulai April 2026
Had 50 HSU adalah selaras dengan piawaian pelepasan di bawah Perjanjian Rangka Kerja ASEAN mengenai Kemudahan Barangan dalam Transit.
Jual RON95 kepada kenderaan asing, pengusaha stesen minyak dikenakan tindakan
Norena berkata tindakan terhadap pengusaha stesen minyak berusia 30-an itu diambil selaras arahan dikuatkuasakan pada 17 Jun 2022.
Kerajaan kaji lokasi bangun stesen minyak tanpa subsidi di Johor Bahru
Kajian terperinci perlu kerana Johor bersempadan dengan Singapura dan banyak kenderaan dari republik itu mengisi petrol di Johor Bahru.
Petrol bersubsidi: KPDNHEP pertimbang cadangan pamer notis di pintu sempadan
Usaha elakkan kenderaan asing mengambil kesempatan mendapatkan petrol bersubsidi berkenaan yang dikhaskan untuk warganegara Malaysia.
Masalah kenderaan asing beli petrol RON95 kini berkurangan
Masalah kenderaan berdaftar asing mengisi petrol RON95 di Malaysia kini telah reda selepas pihak berkuasa mengeluarkan amaran berhubung perkara itu.
Pengusaha stesen minyak jual petrol bersubsidi kepada kenderaan asing berdepan tindakan tegas
Pengusaha stesen minyak yang menjual petrol bersubsidi kepada kenderaan termasuk motosikal bernombor pendaftaran asing akan dikenakan tindakan tegas.
Larangan kenderaan ada saman masuki Singapura, Malaysia akan bincang
Malaysia akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Singapura berhubung perintah negara itu yang melarang kenderaan asing yang memiliki denda atau saman tertunggak memasuki Singapura.
Singapura mungkin tidak benarkan masuk kenderaan asing mempunyai denda belum dijelaskan mulai 1 April
Pemandu asing dinasihatkan supaya menyemak sama ada mereka mempunyai denda yang belum dijelaskan.
Malaysia mungkin laksana VEP hujung tahun ini - JPJ
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Saharuddin Khalid berkata sistem permit itu kini dalam peringkat ujian akhir, sebelum dimuktamadkan Kementerian Pengangkutan.