KUALA LUMPUR: Malaysia dan Arab Saudi bersetuju untuk meningkatkan hubungan pertahanan melalui pembentukan Jawatankuasa Peringkat Tinggi di bawah tiga tonggak utama, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Hishammuddin dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata tiga tonggak itu adalah kerjasama ketenteraan, kolaborasi industri pertahanan dan kerjasama kebajikan veteran tentera.
"Melalui perbincangan yang membuahkan hasil dengan rakan sejawat saya, Putera Mahkota Mohammed Salman, kami bersetuju untuk meningkatkan hubungan pertahanan kami ke tahap yang lebih tinggi.
"Selain itu kami akan memberi tumpuan kepada tiga bidang utama iaitu kepakaran ketenteraan, perubatan ketenteraan dan perisikan ketenteraan kerana kami berhasrat untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan," katanya.
Beliau berkata perbincangan itu diadakan sempena lawatan rasminya ke Arab Saudi pada 13 Jun yang berakhir semalam, atas jemputan Putera Mahkota Arab Saudi.
Hishammuddin berkata mereka juga berbincang mengenai pembangunan berkaitan industri pertahanan kedua-dua negara.
"Satu kumpulan kerja akan diwujudkan antara Pihak Berkuasa Am Industri Ketenteraan Arab Saudi (GAMI), Bahagian Industri Pertahanan Kementerian Pertahanan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengenai perkongsian pengetahuan dan potensi perkongsian industri pertahanan.
"Industri Ketenteraan Arab Saudi (SAMI) juga akan menjalin kerjasama dengan LTAT untuk meneroka potensi kerjasama antara kedua-dua pihak," katanya.
Mengenai pencegahan keganasan, beliau berkata mereka juga bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam memerangi dan membendung ancaman keganasan dan ekstremisme.
Selain itu, Hishammuddin berkata beliau juga akan mengambil peluang untuk berbincang dengan Putera Mahkota mengenai perkara berkaitan minyak dan gas, keselamatan makanan serta kerjasama ekonomi dan kewangan.
Selain Putera Mahkota, Hishammuddin berkata beliau juga mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Pertahanan Putera Khalid bin Salman untuk mengkaji perkongsian Malaysia-Arab Saudi dan aspek kerjasama dalam bidang pertahanan dan ketenteraan.
Sementara itu, pertemuan dengan Menteri Kabinet Arab Saudi Putera Turki Mohammad Fahd Abdulaziz Al Saud, menekankan hubungan dua hala yang kukuh dan aspek kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang, katanya.
Hishammuddin berkata beliau akan melaporkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan anggota Kabinet untuk membuat persiapan lawatan perdana menteri ke Arab Saudi.
"Semua hasil mengenai perkara yang memerlukan kerjasama antara kementerian dan/atau antara agensi akan disampaikan dalam mesyuarat Kabinet akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022
Hishammuddin mengadakan perbincangan dengan Putera Mahkota Mohammed Salman yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kerajaan Arab Saudi. - Facebook Hishammuddin Hussein
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Aset usang lemahkan pertahanan negara - Veteran
Arshad menegaskan, pemodenan aset ketenteraan perlu bagi mengekalkan keupayaan pertahanan yang kukuh dalam menghadapi ancaman semasa.
Kerjasama global penting untuk penggunaan bertanggungjawab AI dalam bidang ketenteraan
Pakar berpendapat terdapat keperluan kritikal untuk mewujudkan peraturan dan mekanisme pengawasan yang berkesan bagi mengawal penggunaan AI.
Aset ketenteraan baharu bantu negara bersedia pertahan kedaulatan, hadapi isu Laut China Selatan
Mohamed Khaled berkata, TLDM dijangka menerima kapal pertama LMS dari Turkiye pada Oktober 2027, manakala penghantaran pertama bagi LCS pada 2026.
Moscow alami serangan dron besar-besaran - Kementerian Pertahanan Rusia
Sebanyak 11 dron ditembak jatuh di wilayah Moscow, menjadikannya antara serangan dron terbesar yang pernah berlaku di Moscow.
Prabowo tegaskan komitmen perkukuh hubungan pertahanan dengan Mesir
Komitmen itu dinyatakan semasa pertemuan dengan Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb.
Korea Selatan lancar satelit intip kedua ke orbit
Roket itu dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida, Amerika Syarikat pada 8.17 pagi waktu tempatan.
Bakal Presiden Indonesia komited kukuh kerjasama dengan Jepun
Prabowo menyatakan harapannya agar kerajaan Jepun menyertai usaha mengukuhkan hubungan masa depan dan memajukan kerjasama dalam pertahanan.
Azerbaijan dakwa Armenia serang kedudukan tentera di Nakchivan
Kementerian Pertahanan Azerbaijan mendakwa, tentera Armenia melepaskan tembakan berhampiran penempatan Heydarabad pada Sabtu.
Malaysia, Jerman perkukuh hubungan dan kerjasama pertahanan
Perkara itu dizahirkan dalam pertemuan bilateral Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan rakan sejawatnya Boris Pistorius.
APMM perlu perkasa aset, jaga pertahanan perairan negara - Ahmad Faridi
APMM yakin kerajaan tetap komited dalam melengkapkan aset laut dan udara agensi itu.