Lynas bukan reaktor nuklear

Astro Awani
Januari 28, 2013 06:48 MYT
Kilang memproses nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn. Bhd. di Gebeng, Kuantan bukanlah reaktor nuklear seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Ini kerana kilang berkenaan hanya antara salah satu kilang memproses bahan kimia yang ada di dalam negara.
Malah kewujudan radiasi seperti yang didakwa adalah terlalu rendah dan tidak membahayakan manusia, apatah lagi alam sekitar
Menurut pakar keselamatan radiologi dan kesihatan Professor Dr. Ahmad Termizi Ramli, kilang Lynas sebenarnya sama seperti ribuan kilang memproses bahan kimia lain di dalam negara.
Justeru sekiranya semua peraturan dipatuhi maka tidak timbul sebarang persoalan keselamatan seperti yang digembar-gemburkan pihak tertentu.
Katanya lagi golongan berkenaan perlu terlebih dahulu menyelidik fakta sebenar bahawa pakar sudah mengesahkan kilang berkenaan tidak berbahaya kepada kehidupan.
#Kuantan #Lynas Malaysia Sdn. Bhd. #Professor Dr. Ahmad Termizi Ramli
;