IPOH: Lumut yang terletak di daerah Manjung sedang dalam perancangan untuk dijadikan sebagai Defence City atau Bandar Pertahanan ketiga di negara ini selepas Subang, Selangor dan Lipis, Pahang.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata perkara itu diusulkan Kementerian Pertahanan dalam satu pertemuan antara beliau dengan Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu pada minggu lalu.
Justeru, katanya ketika ini kerajaan negeri akan memperhalusi cadangan itu agar ia benar-benar memberi impak positif kepada daerah Manjung terutama daripada sudut pembangunan dan pelancongan.
“Jadi konsep Bandar Pertahanan ini kita harap ia benar-benar dapat menyemarakkan Manjung itu untuk menarik kehadiran lebih ramai orang ke situ.
“Konsepnya telah dibentangkan, namun kita minta supaya ia diperhalusi sebab ia akan melibatkan soal tanah, sempadan dan beberapa kementerian seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Kementerian Pertahanan sendiri serta Pejabat Tanah dan Galian.
“Idea (pembangunan Bandar Pertahanan) itu sudah ada sebab ia merupakan lamaran oleh Kementerian Pertahanan. Justeru, kerajaan negeri menerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) akan memperhalusinya lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Penutup Perak Sejahtera 2030: State Leadership Summit 2022 di Hotel Casuarina@Meru di sini, pada Rabu.
Dalam pada itu, Saarani memberitahu beliau berharap sekiranya usaha mewujudkan Bandar Pertahanan di Lumut itu akan menambah satu lagi sumber kewangan kerajaan negeri.
Katanya keberadaan Pangkalan Tentera Laut Diraja (TLDM), Lumut Port dan Pulau Bebas cukai di Pangkor mampu memberi nilai tambah kepada usaha tersebut.
Dalam perkembangan lain, Saarani berkata kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menjayakan enam agenda utama yang digariskan dalam Pelan Perak Sejahtera 2030.
Agenda tersebut adalah Memperkukuhkan Sekuriti Makanan, Koridor TVET Negara, Perlombongan Lestari, Memacu Ekonomi Digital, Pembuatan Keputusan Berpacukan Data serta Tadbir Urus Projek Berkepentingan Negeri.
“Dalam mesyuarat Exco siang tadi, kita telah menerima pandangan dan bersedia untuk berkolaborasi dengan MOSTI yang mana kita mahu menubuhkan enjin Perak Sejahtera 2030 di setiap daerah dan kawasan Parlimen di negeri ini.
“Pegawai kewangan negeri juga sudah dimaklumkan supaya dapat dimasukkan juga keperluan perbelanjaan untuk usaha kolaborasi tersebut,” jelasnya lagi.
Amirrul Rabbani
Wed Aug 24 2022

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menjawab pertanyaan media selepas menghadiri Persidangan Kemuncak Kepimpinan Perak Sejahtera 2030 hari ini. - Foto BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Anak-anak mula terima kenyataan ibu sudah tiada - Suami Nurfarahimi
"Sebagai ayah, saya menasihati mereka untuk menerima apa yang telah ditentukan Allah SWT."

Helikopter AW139 kali pertama digunakan untuk lintas hormat - Mohamed Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata helikopter Skuadron 503 berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah itu mula digunakan sejak 2021.

Nahas helikopter Lumut: Baju raya terakhir ibu jadi kenangan buat anak kembar
Kenangan bersama ibu mereka, Bintara Muda TNL Nor Rahiza Anuar, 39, tidak akan pernah luput dari ingatan.

Nahas helikopter Lumut: Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah
Satu daripada empat gambar yang dimuat naik itu memaparkan lima anggota TLDM melambai rakan mereka yang berlepas ke Lumut.

Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat dijangka selesai esok
Pihak hospital telah menerima sepuluh jenazah anggota TLDM bagi prosedur bedah siasat sekitar jam 6 petang.

Nahas helikopter Lumut: Jenazah semua mangsa selamat tiba di HRPB, Ipoh
Jenazah mangsa dibawa ke hospital menggunakan van jenazah dengan diiringi empat motosikal dan lima kenderaan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

JKM kesan ibu, waris bayi ditinggal dalam beg tepi longkang
JKM Daerah Manjung sedang mengesan ibu kandung kepada seorang bayi lelaki yang ditemukan dalam beg di tepi longkang belakang rumah kedai di Ayer Tawar.

Remaja lelaki hilang di Teluk Senangin ditemui lemas
Remaja lelaki yang hilang ketika mandi laut di Pantai Teluk Senangin di sini, sejak semalam, ditemui lemas oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.

Remaja dikhuatiri lemas selepas selamatkan lelaki di Teluk Senangin
Seorang remaja dikhuatiri lemas selepas menyelamatkan seorang lelaki lain yang hampir lemas di Pantai Teluk Senangin di sini, hari ini.

Peniaga sarang burung walit parah ditembak
Seorang peniaga parah selepas ditembak dari jarak dekat ketika menjalankan urus niaga sarang burung walit di hadapan sebuah rumah tidak berpenghuni di Lumut pada Rabu.