Lubang benam: PLUS buka semula lorong kanan KM273.3-KM272.2 Ipoh arah utara

Abd Razak Mohd Ali
Disember 23, 2021 09:51 MYT
Pada Selasa, lorong kanan di antara KM273.3 dan KM272.2 di laluan antara Persimpangan Ipoh Selatan dan Ipoh Utara di Lebuhraya Utara-Selatan ditutup sementara bagi kerja penyelenggaraan susulan kejadian lubang benam. - Foto fail/Google Map
IPOH: Lorong kanan di antara di KM273.3 dan KM272.2 di jajaran antara Persimpangan Ipoh Selatan dan Ipoh Utara di Lebuhraya Utara-Selatan yang ditutup sebelum ini, telah dibuka semula jam 5:30 pagi ini.
Ia berikutan kerja-kerja membaik pulih lubang benam (sinkhole) di lokasi berkenaan telah siap dijalankan, menurut kenyataan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini.
“PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pelanggan lebuh raya sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut,” katanya.
Pada masa sama, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati terutamanya pada musim hujan yang melanda ketika ini.
Untuk maklumat terkini mengenai perkembangan trafik di lebuh raya, sila rujuk @PLUSTrafik Twitter, aplikasi PLUS Mobile dan papan tanda elektronik PLUS di sepanjang lebuh raya.
Pengguna juga boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan bantuan jika berlaku kecemasan.
Pada Selasa, lorong kanan di antara KM273.3 dan KM272.2 di laluan antara Persimpangan Ipoh Selatan dan Ipoh Utara di Lebuhraya Utara-Selatan di sini, ditutup sementara bagi kerja penyelenggaraan susulan kejadian lubang benam.
#lubang benam #Lorong kanan #PLUS #kerja-kerja membaik pulih
;