LUAS ambil langkah pastikan bekalan air selamat digunakan

Astro Awani
Oktober 21, 2020 12:50 MYT
Pihak LUAS sebelum ini telah mengambil lapan sampel air sungai dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. Foto: Facebook LUAS
KUALA LUMPUR: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melaksanakan beberapa langkah bagi merawat Sungai Selangor bagi memastikan bekalan air selamat digunakan semula di rumah dan premis perniagaan.
Langkah berkenaan ialah meningkatkan faktor pencairan dengan mengaktifkan operasi pengepaman air kolam (OPAK) Bestari Jaya sehingga 336 juta liter/hari (JLH).
Selain itu, LUAS melakukan flushing bagi mempercepatkan aliran ke hilir sungai.
Proses itu melibatkan pelepasan air empangan sungai tinggi dan Sungai Selangor sehingga 1200 JLH dan menaikkan 1 river gate di Baraj Bestari Jaya.
LUAS turut melakukan proses nyahbau di kolam tebatan banjir JPS Sungai Gong iaitu melibatkan 9 beg Activated Carbon (AC) bagi inlet kolam dan 2 beg AC bagi outlet kolam.
BACA: Lagi kes pencemaran Sungai Selangor, 1,292 kawasan alami gangguan bekalan air
BACA: Pencemaran Sungai Selangor: Bekalan air pulih di 85 peratus kawasan
Sebelum ini, loji pembersihan air (LPA) Rantau Panjang, SSP1, SSP2 dan SSP3 telah dihenti tugas 19 Oktober 2020 disebabkan oleh pencemaran bau solvent yang dikesan di Sungai Selangor, sekali gus menjejaskan bekalan air di 1,292 kawasan.
Sumber Facebook permalink.php?story_fbid=3608049949288961&id=358414984252490"><
#Langkah #LUAS #bekalan air #Bersih #Selangor #Pulih #selamat #kolam #Sungai Selangor #henti tugas #LRA #LPA #loji pembersihan air #OPAK Bestari Jaya
;