KUALA LUMPUR: Kerajaan dipertikai kerana masih mahu menerima cadangan WCT Holdings Bhd yang merancang untuk mengambilalih Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz (LTSAAS) membabitkan nilai RM3.7 bilion.
Pengasas Muda Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ia harus ditolak kerana tidak melalui proses yang betul termasuk platform Dewan Rakyat yang ditutup sehingga kini.
"Kenapa pilih WCT dan tidak menggunakan pelan asal, pelan strategik dan komprehensif bagi pembangunan jangka panjang LTSAAS?
"Kalau hendak melakukan proses ini, mengapa secara runding terus dan tidak berikan peluang orang lain memberikan cadangan tambah baik, kenapa tidak melalui tender terbuka supaya akhirnya rakyat mendapat nikmat terbesar, dan bukan tauke di luar sana?" soalnya ketika sidang media dalam talian pada Jumaat.
BACA: Jangan benarkan pihak lain ambil alih LTSAAS - Pengerusi Malaysia Airports
BACA: 7 asas mengapa Lapangan Terbang Subang tidak wajar dijual, wajib dipertahankan - Asyraf Wajdi
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh telah mengemukakan pelan strategik dan komprehensif bagi pembangunan jangka panjang LTSAAS kepada kerajaan.
Dalam satu kenyataan, pengendali lapangan terbang itu berkata, pelan pembangunan semula itu telah disahkan menerusi penanda aras yang luas dan penglibatan pihak berkepentingan berdasarkan tiga bidang utama iaitu ekosistem aeroangkasa, penerbangan perniagaan dan lapangan terbang komuniti bandar.
Sementara itu, Syed Saddiq mempersoalkan tindakan tergesa-gesa kerajaan yang melakukan tindakan itu semasa Parlimen ditutup dan tempoh darurat.
Laporan sebelum ini menyatakan WCT Holdings Bhd merancang untuk mengambil alih LTSAAS membabitkan nilai RM3.7 bilion melalui anak syarikatnya, Subang Skypark Sdn Bhd (SSSB) sehingga 2092.
Cadangan itu dikatakan sudah dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan dengan anggaran pelaburan awal RM3.7 bilion, iaitu RM1.7 bilion akan digunakan untuk terminal penumpang dan jet eksklusif yang dijangka dibuka 2027.
WCT dalam makluman kepada Bursa Malaysia baru-baru ini turut menjelaskan bahawa SSSB hanya mencadangkan untuk konsesi semula dan bukan mengambil alih LTSAAS.
Syarikat itu turut menjelaskan bahawa ia akan mengendalikan lapangan terbang itu di bawah pajakan dan kerajaan akan terus memiliki tanah dan LTSAAS, dengan cadangan itu ketika ini berada pada peringkat kertas konsep yang diserahkannya kepada Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli pada 1 Mac lalu.
Astro Awani
Fri Jun 25 2021

Syed Saddiq mempersoalkan tindakan tergesa-gesa kerajaan yang melakukan tindakan itu semasa Parlimen ditutup dan tempoh darurat. - Facebook

Pesawat terbakar, 2 penumpang cedera ringan
Siasatan awal mendedahkan, juruterbang tersebut didapati hilang kawalan selepas berlepas dari sebuah lapangan terbang berdekatan.

Enam bayi baru lahir meninggal dunia akibat cuaca sejuk di Gaza
Ahli kaji cuaca melaporkan, suhu telah turun kepada sifar darjah Celsius sejak beberapa hari kebelakangan ini

Elon Musk akan sertai mesyuarat Kabinet rasmi pertama Trump hari ini - White House
Bukan jemaah menteri, tetapi Musk akan menyertai anggota Kabinet lain atas kapasiti beliau sebagai penasihat Presiden Trump.

White House rancang perubahan akses media ke atas Presiden Trump
Pasukan media White House akan tentukan wartawan mana yang akan dibenarkan dekat dengan Presiden sepanjang masa.

Liga Super: "Tahniah JDT, mereka memimpin bola sepak Malaysia" - Jurulatih Selangor
Kinoshi harap JDT teruskan memimpin bola sepak Malaysia dan pamerkan penguasaan Malaysia di seluruh dunia.

JBPM siap siaga hadapi musim kemarau dijangka bermula Mac
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini memberi tumpuan berhadapan peralihan cuaca daripada Monsun Timur Laut (MTL) kepada musim kemarau, yang dijangka bermula pada pertengahan Mac depan.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 27 April hingga 2 Mei di Perlis
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTQHK) Tahun 1446H/2025M akan diadakan pada 27 April hingga 2 Mei ini di Perlis.

KKR perluas penggunaan teknologi BIM dalam pembinaan jalan raya
Penggunaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) akan diperluas dalam pembinaan lebuh raya dan jalan raya, sebagai satu usaha memendekkan tempoh pengurusan sesuatu projek siap.

MTCDP sokong pertumbuhan 348 MTC sehingga kini - MATRADE
MATRADE berhasil dalam memperkasakan dan membimbing 348 MTC daripada pelbagai sektor melalui MTCDP sehingga kini.

Terengganu semak semula garis panduan hiburan, persembahan kebudayaan dan sukan
Kerajaan Terengganu akan menyemak semula Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan dan Sukan negeri.

Caj tapak Bazar Ramadan DBKL serendah RM500
Caj bagi setiap tapak Bazar Ramadan yang dikendalikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikenakan serendah RM500 sahaja.

LKAN 1/2025: Jangan rasionalisasi subsidi rakyat sahaja, agensi rugi juga perlu ditarik dana - Penganalisis
Usaha kerajaan untuk memastikan perbelanjaan dana awam yang lebih hemat dan bersasar tidak boleh hanya digalas oleh orang awam semata-mata.

Lebih 300,000 pekebun kecil getah dijangka terima BMT tahun ini
Sebanyak 331,146 pekebun kecil getah yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dijangka menerima manfaat Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun ini.

KKM ambil 3,228 jururawat jawatan tetap pada 2025 - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan akan mengambil 3,228 jururawat pada 2025 daripada graduan Diploma Kejururawatan tempatan untuk mengisi jawatan tetap.

JAKIM selaras teks khutbah Persekutuan elak campur tangan politik - Mohd Na'im
JAKIM menyelaraskan penyampaian teks khutbah di masjid-masjid peringkat Persekutuan untuk memastikan tiada campur tangan golongan politik menerusi khutbah Jumaat.

Pelantikan Naib Canselor tidak dibuat semberono - Zambry
Pelantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor sesebuah universiti awam tidak dibuat secara semberono atau berdasarkan faktor politik seperti yang disebarkan di media sosial atau surat layang.

KBS pertimbang gunakan teknologi dan inovasi dalam sukan untuk tarik tajaan korporat
Kementerian Belia dan Sukan sedang mempertimbangkan penggunaan teknologi dan inovasi dalam sukan.

3,670 laman sesawang bersifat lucah disekat sehingga 15 Feb lepas - Fahmi
Sejumlah 3,670 laman sesawang bersifat lucah disekat dari 2022 sehingga 15 Feb lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Kerajaan jimat RM1.7 bilion, segerakan PLSB Sungai Golok - PM Anwar
Kerajaan telah menjimatkan RM1.7 bilion apabila pembinaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok disegerakan.

Agong perkenan enam akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan enam akta diluluskan Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.