LTAT jual 112.56 juta saham Affin Bank kepada entiti kerajaan negeri Sarawak

Bernama
April 13, 2023 14:02 MYT
Affin Bank Bhd mengesahkan yang LTAT telah menjual 112.56 juta saham dalam bank itu kepada Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak pada harga RM221.74 juta menerusi transaksi perniagaan secara langsung. - Gambar fail/DagangNews
KUALA LUMPUR: Affin Bank Bhd mengesahkan yang Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah menjual 112.56 juta saham dalam bank itu kepada Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak pada harga RM221.74 juta menerusi transaksi perniagaan secara langsung.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, bank itu berkata ia menjual saham itu, yang mewakili 4.95 peratus daripada jumlah saham terbitan, dengan pertimbangan tunai RM1.97 sesaham.
"Ini bagi menjelaskan artikel media bertajuk 'LTAT jual lima peratus kepentingan dalam Affin Bank kepada Negeri Sarawak,' yang disiarkan dalam The Edge Malaysia pada minggu keluaran 3 April hingga 9 April, 2023," katanya.
-- BERNAMA
#LTAT #jual saham #AFFIN BANK #kerajaan negeri Sarawak