LSS diminta efisyen dalam membuat pemantauan

Astro Awani
Jun 4, 2013 07:20 MYT
Lembaga Sungai Sarawak (LLS) diminta lebih efisyen dalam melaksanakan pemantauan terhadap perkhidmatan bot ekspress di negeri itu.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi menjelaskan kemalangan akan dapat dielak sekiranya pemantauan tegas dilakukan.
Jelasnya, walaupun terdapat peraturan, namun tanpa penguatkuasaan, ia tidak akan membawa sebarang kesan.
Yang lebih tepat LLS lebih efisyen dalam menjalankan tugas dan tegas dalam apa saja peraturan bagi elakkan sesebuah bot itu lebih muatan
Dalam hal ini tegasnya, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing.
“Keselamatan amat ditekankan. Kita di Sarawak ada LLS, badan berkuasa untuk pantau dan menyelaras sebaik mungkin perkhidmatan yang menggunakan sungai. Sememangnya ada ditekankan supaya semua bot menyediakan jaket keselamatan tetapi apabila tidak dipantau mereka ambil sambil lewa. Pihak berkuasa perlu lebih kerap memantau dari masa kesemasa, terutama pada waktu puncak.
“Pada Hari Gawai atau waktu puncak, penumpang ramai, jadi agak sukar untuk pengusaha bot menidakkan mereka naik bot. Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa. Bagi saya, penumpang sendiri sepatutnya bertanggungjawab kerana kalau mereka lihat bot sudah sesak dan Nampak bahaya, mengapa mahu naik juga?” kata Alexander.
Alexender yang juga Ahli Parlimen Kapit, pada masa sama, menolak penggunaan kotak hitam yang disifatkan tidak relevan jika digunapakai pada bot ekspress.
Katanya, penggunaan kaedah itu hanya sesuai diletakkan pada enjin yang canggih, bukan pada bot ekspress.
#Alexander Nanta Linggi #bot ekspress #efisyen #LLS #Pantau #perkhidmatan
;